AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972

   

    www.pet-cockatiel.com 

 
Kuala Lumpur, Malaysia

Home

Sitemap

Malaysia Law


 

 

 

 

 

 

      

    

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA 76

AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972

Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan hidupan liar dan selanjutnya bagi mengadakan peruntukan untuk memberi perlindungan kepada hidupan liar dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN 1

PERMULAAN

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

    (2) Akta ini hendaklah dipakai hanya di Malaysia Barat.

    (3) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan           dalam Warta.

2. (1) Ordinan Perlindungan Binatang dan Burung Liar 1955 adalah dengan ini
          dimansuhkan.

(2) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Akta ini dengan nyatanya atau patut difahamkan sedemikian -

(a) semua orang, perkara dan keadaan yang dilantik atau diwujudkan oleh atau dibawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan itu atau yang sedia ada atau yang berterusan dibawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan itu sebelum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa hendaklah, menurut dan tertakluk kepada Akta ini, terus mempunyai taraf, kuatkuasa dan kesan yang sama seperti yang ada padanya masing-masing sekiranya undang-undang itu tidak dimansuhkan sedemikian; dan

(b) khususnya dan tanpa menyentuh keluasan makna perenggan (a) pemansuhan itu tidak boleh menggangu terutamanya taraf, kuatkuasa atau kesan mana-mana perintah, pemberitahuan, kaedah, peraturan, bayaran, perlantikan, lesen, permit, pengambilan, penggeledahan, tangkapan, hak, pengecualian, tanggungan, kewajipan, kuasa, pembicaraan, hal atau perkara yang dibuat, dilakukan, dilaksanakan, diberi, dikeluarkan, diluluskan, diambil, disahkan, diikat, terakru, ditanggung, sediada, masih belum selesai atau diperolehi menurut atau dibawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan itu sebelum Akta ini mula berkuatkuasa.


3. Dalam Akta ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain -

"binatang liar" ertinya mamalia, reptilia dan serangga (samada yang diperlindungi atau diperlindungi sepenuhnya) yang diperihalkan dalam Jadual Satu, Dua dan Lima sama ada ia matang atau tidak matang tidak kira yang ianya boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan;

"binatang liar yang tidak matang" ertinya anak seekor binatang liar yang tidak memenuhi taraf kematangan yang ditetapkan dalam Jadual Enam bagi binatang liar itu dan yang tidak bolih ditembak, dibunuh atau diambil;

"binatang liar yang diperlindungi" atau "burung liar yang diperlindungi" ertinya seseekor binatang atau burung liar yang masing-masing diperihalkan dalam Jadual Dua dan Jadual Lima atau Jadual Empat yang boleh ditembak, dibunuh atau diambil atau dimiliki oleh seseorang pemburu berlesen, peniaga berlesen atau orang-orang lain sebagaimana yangdiperuntukkan dalam Akta ini dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam lesen;

"binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya" atau "burung liar yang diperlindungi sepenuhnya" ertinya seseekor binatang liaratau burung liar yang masing-masing yang diperihalkan dalam Jadual Satu atau Jadual Tiga yang tidak boleh ditembak,dibunuh atau diambil atau dimiliki oleh sesiapa jua kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian V Akta ini;

"burung liar" ertinya burung-burung (sama ada yang diperlindungi atau diperlindungi sepenuhnya) yang diperihalkan dalam Jadual Tiga dan Empat tidak kira matangnya atau tidak matangnya walau pun ianya boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan;

"burung liar yang tidak matang" ertinya anak seseekor burung yang disebabkan oleh keadaanya yang tidak matang belum berupaya terbang dan yang tidak bolih ditembak, dibunuh atau diambil;

"hutan rezab" ertinya mana-mana tanah yang dibawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia berhubung dengan hutan ialah pada masa itu hutan rezab;

"jenut" termasuklah mana-mana mata air galian atau tanah yang mengandungi garam atau yang bergaram atau apa-apa galian lain (sama ada dari jenis yang sama atau tidak) yang berfaedah untuk kesihatan atau kebaikan jika dimakan oleh binatang-binatang liar;

"jerat" ertinya apa-apa perangkap yang digunakan untuk, dan yang bolih, mengambil atau membunuh mana-mana binatangatau burung liar dengan menggunakan tali termasuk yang diperbuat daripada dawai atau plastik atau rotan atau akar atau
lubang yang digali untuk memerangkap;

"kereta" termasuklah-

a.kapal udara;
b.kapal layaran dari segala jenis; dan
c.apa-apa binaan lain (sama ada dari jenis yang sama atau tidak)-

(i) yang boleh bergerak atau digerakkan; atau
(ii) yang digunakan untuk membawa sesiapa jua atau mana-mana benda, dan yang sentiasa bersentuhan dengan bumi manakala bergerak;

"menembak" termasuklah menembak atau mengarahkan tembakan, dengan apa-apa sumpitan, anak panah, lembing, lastik atau dengan lain-lain misail atau bebalang (sama ada dari jenis yang sama atau tidak) yang boleh dilepas, dilancar atau diarahkan dengan apa cara jua pun;

"mengambil" termasuklah memerangkap, menjaring atau menangkap dengan apa cara jua pun;

" Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi memperlindungi hidupan liar;

"musim terbuka" ertinya suatu tempuh (yang diistiharkan oleh Menteri dari semasa kesemasa melalui perintah dalam Warta menurut Seksyen 31) dalam mana binatang-binatang atau burung-burung liar tertentu yang diperlindungi boleh ditembak, dibunuh atau diambil oleh pemburu-pemburu berlesen atau orang-orang lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini;

"musim tutup" ertinya suatu tempuh (yang diistiharkan oleh Menteri dari semasa kesemasa melalui perintah dalam Warta menurut Seksyen 31) dalam mana binatang-bianatang atau burung-burung liar tertentu yang diperlindungi tidak bolih ditembak, dibunuh atau diambil;

"pegawai" ertinya seorang pegawai yang dilantik dibawah Seksyen kecil (1) Seksyen 4;

"pemburu berlesen" ertinya sesiapa jua yang diberi lesen dibawah Akta ini untuk menembak membunuh atau mengambil seseekor binatang atau burung liar yang diperlindungi sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu selain daripada seseekor binatang atau burung liar yang tidak matang;

"pengawet binatang" ertinya sesiapa jua yang menjalankan perniagaan sebagai pengawet binatang dengan-

a. menyediakan atau mengawet kulit atau bulu, atau mengisi atau melekapkan
mana-mana binatang liar atau burung liar atau bahagiannya untuk dijual;
b. membuat atau membentuk apa-apa barang atau benda daripada mana-mana
binatang liar atau burung liar atau bahagiannya untuk dijual; atau
c. membeli untuk dijual semula barang atau benda yang dibuat itu;

"peniaga" ertinya sesiapa jua yang menjalankan perniagaan sebagai peniaga binatang-binatang liar atau burung-burung liar dengan-

a. menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana binatang liar atau
burung liar untuk dijual; atau
b. menjual mana-mana binatang liar atau burung liar yang hidup atau mati atau
mana-mana bahagiannya sebagai makanan atau bagi maksud perubatan sama ada
ia diimport atau tidak;

"racun" ertinya apa-apa benda yang mengandungi racun yang berbahaya kepada binatang-binatang liar atau burung-burung liar sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual Tujuh atau apa-apa benda lain yang diperakui olih Ahli Kimia Kerajaan sebagai mengandungi racun yang berbahaya kepada binatang-binatang liar atau burung-burung liar melainkan jika dibuktikan sebaliknya;

"rezab hidupan liar" ertinya mana-mana kawasan yang diistiharkan dibawah Bahagian IV sebagai direzabkan bagi maksud-maksud yang tersebut dalam Bahagian itu;

"sarang" ertinya-

a. berhubung dengan seseekor binatang liar, mana-mana tempat kediaman, jerumun atau apa-apa binaan lain (sama ada sama jenisnya atau tidak) yang dibina atau digunakan oleh binatang-binatang liar untuk-

(i) melahirkan anak atau bertelur;
(ii) melindung; atau
(iii) memelihara;

binatang-binatang liar yang tidak matang atau telur binatang-binatang liar; dan

b. berhubung dengan seseekor burung liar, apa-apa binaan atau benda yang dibina atau digunakan olih burung-burung liar untuk-

(i) bertelur;
(ii) mengeramkan telur; atau
(iii) melindung atau memelihara burung-burung yang tidak matang;

"senjatapi" ertinya senjata dalam erti Akta Senjata, 1960

"tanah Kerajaan" ertinya tanah Kerajaan dalam erti Kanun Tanah Negara;

"tanah rezab" ertinya mana-mana tanah rezab dalam erti Kanun Tanah Negara;

"tempat perlindungan hidupan liar" ertinya mana-mana kawasan yang diistiharkan dibawah Bahagian IV sebagai direzabkan bagi maksud-maksud yang tersebut dalam Bahagian itu;

"terofi" ertinya-

a. kulit atau bulu binatang atau burung liar (mengikut mana yang berkenaan) sama ada atau tidak kulit atau bulu-bulu yang tersebut telah disedia atau diawetkan;
b. mana-mana binatang atau burung liar sama ada atau tidak binatang liar atau burung liar tersebut atau sebahagian darinya telah diisi atau dilekapkan;
c. mana-mana tanduk, gading, gigi, kuku atau sisik sama ada atau tidak tanduk,
gading, gigi, kuku atau sisik tersebut telah disedia atau diawetkan;

"umpan" termasuklah apa-apa bunyi atau alat pandang-dengar atau lampu atau garam atau belerang yang diguna bagimaksud memikat mana-mana binatang liar atau burung liar;

"umpan beracun" ertinya apa-apa umpan yang boleh menjadi bahan penarik kepada binatang-binatang liar atau burung-burung liar, yang bersalut, dicelup, dilumuri atau diisi secara lain dengan racun.


BAHAGIAN II

PENTADBIRAN

BAB 1

Perlantikan

4. (1) Maka hendaklah dilantik seorang Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar
dan Taman Negara, seorang Timbalan Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, beberapa orang Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan Renjer Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebagaimana yang difikirkan perlu bagi menjalankan peruntukan-peruntukan Akta ini dengan sepatutnya.

(2) Dimansuhkan oleh Akta A697

(3) Tertakluk kepada Subseksyen (4) Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar
dan Taman Negara hendaklah mengawasi semua pegawai lain yang dilantik dibawah Seksyen ini.

(4) Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi kepada Ketua Pengarah
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara arahan-arahan yang bersifat am dan tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini berkenaan dengan menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada atau kewajipan-kewajipan yang hendak disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dibawah Seksyen ini.

(5) Tiap-tiap perlantikan dibawah Seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

(6) Semua pegawai yang dilantik dibawah Seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam erti Kanun Keseksaan.

(7) Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara adalah mempunyai segala kuasa dan budi bicara yang diletakkan pada Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara oleh Akta ini.

5. (1) Apabila seseorang pegawai menjalankan apa-apa kuasanya atau melaksanakan
mana-mana kewajipannya dibawah Akta ini dia hendaklah menyatakan jawatannya dan menunjukkan untuk diperiksa suatu kad kuasa (memperihalkan jawatannya) yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara jika -

(a) perbuatan atau jawatannya dicabar;
(b) dia bertindak terhadap mana-mana orang; atau
(c) dia menjalankan kuasa-kuasanya menggeledah, mengambil atau menangkap tanpa waran untuk berbuat demikian.

(2) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam Akta ini tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa arahan yang diberi oleh seorang pegawai jika pegawai itu tidak mematuhi kehendak-kehendak dalam Subseksyen (1).


BAB 2

Menggeledah, Mengambil dan Menangkap

6. Jika atas maklumat bertulis yang dibuat dengan bersumpah oleh mana-mana pegawai, seseorang Majisteret berpendapat bahawa -

(a) ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa suatu kesalahan dibawah Akta ini sedang dilakukan;
(b) mana-mana binatang liar atau burung liar yang hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya sedang ditempatkan, dikurung, disimpan, disembunyi atau dibiakkan (mengikut mana-mana yang berkenaan); atau
(c) apa-apa buku atau rekod yang dikehendakki disimpan dibawah Akta ini, apa-apa terofi, senjatapi, peluru, perangkap, jerat, umpan, umpan beracun, racun atau jaring yang boleh digunakan untuk mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar, disimpan atau disembunyikan dalam mana-mana kereta atau rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau bangunan lain,

dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah memberi kuasa kepada mana-mana pegawai yang tersebut dalam waran itu untuk memasuki dan menggeledah pada waktu siang atau malam rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau bangunan lain itu dan mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar atau apa-apa bahagiannya atau apa-apa buku atau rekod yang dikehendaki disimpan dibawah Akta ini, terofi, racun atau jaring yang boleh digunakan untuk mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar atau lain-lain barang yang telah menjadi hal perkara atau telah digunakan atau disyaki sebagai digunakan dalam melakukan sesuatu kesalahan dibawah Akta ini.

7. Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam Seksyen 6 seseorang Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Timbalan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Penolong Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh menahan dan menggeledah tanpa waran sesuatu kereta atau memasuki dan menggeledah tanpa waran sesuatu rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau bangunan lain jika -

(a) manakala bertindak menurut sesuatu waran tangkap atau menjalankan kuasa-kuasanya untuk menangkap tanpa waran tangkap dibawah Akta ini, dia mempunyai sebab mengesyaki bahawa orang yang hendak ditangkap itu berada dalam kereta atau rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau bangunan lain itu;

(b) Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Timbalan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Penolong Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara itu mendapati mana-mana orang melakukan atau cuba melakukan sesuatu kesalahan atau disyaki sebagai telah melakukan sesuatu kesalahan dibawah Akta ini dan dia mengekori atau mengikut orang itu menuju ke kereta atau rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau bangunan lain itu; atau

(c) Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Timbalan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Penolong Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara itu berpuas hati setelah menerima maklumat bertulis bahawa suatu kesalahan dibawah Akta ini dilakukan dalam kereta atau rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau bangunan lain itu atau kawasan tanah,

Dan boleh mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar atau apa-apa bahagiannya atau apa-apa buku atau rekod yang dikehendaki disimpan dibawah Akta ini, terofi, racun atau jaring yang boleh digunakan untuk mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar atau lain-lain barang yang telah menjadi hal perkara atau telah digunakan atau disyaki sebagai digunakan dalam melakukan sesuatu kesalahan dibawah Akta ini.

8. Mana-mana pegawai kastam yang hak boleh, dimana-mana perhentian pemeriksaan Kastam, menggeledah dan menahan selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam mana-mana kereta tanpa waran geledah jika -

(a) dia mendapati apa-apa binatang liar atau burung liar dalam kereta itu; dan

(b) dia mempunyai sebab mengesyaki atau berpuas hati bahawa kereta itu sedang digunakan untuk membawa binatang liar atau burung liar itu kedalam atau keluar dari Malaysia Barat,

dan dia boleh mengambil binatang atau burung liar itu.

9. Seseorang yang dilantik dibawah Seksyen 4 (1) boleh bagi maksud mencegah atau merisik mana-mana kesalahan dibawah Akta ini memasuki tanpa waran geledah mana-mana kawasan tanah Kerajaan, tanah rizab, hutan rizab, tanah milik dan tanah lombong; tetapi bagi maksud Seksyen ini "tanah" tidak termasuk mana-mana rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau bangunan lain.

10. (1) Jika seseorang pegawai menjalankan kuasa-kuasa dibawah Seksyen 6 dan 7 dia
boleh selain daripada itu -

(a) memeriksa mana-mana orang dalam kereta atau rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau bangunan lain itu tetapi seseorang perempuan hanya boleh diperiksa oleh seseorang perempuan yang lain;

(b) menahan mana-mana orang yang dijumpai dalam rumah kediaman, kedai premis perniagaan atau bangunan lain sehingga pemeriksaan itu selesai;

(c) memecahkan mana-mana pintu atau tingkap rumah kediaman, kedai premis perniagaan atau bangunan lain dan memasukinya dengan menggunakan kekerasan; dan

(d) memeriksa atau membuat cabutan daripada atau mengambil milik mana-mana buku, suratan atau kertas yang disimpan bagi maksud-maksud Akta ini.

(2) Jika seseorang pegawai menjalankan kuasa-kuasa dibawah Seksyen 9 dia boleh -

(a) mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar yang hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya, apa-apa terofi, senjata api, peluru, perangkap, racun, umpan, umpan beracun, sarang atau telur atau apa-apa benda, alat, senjata atau bahan lain yang menjadi hal perkara atau yang digunakan atau yang disyaki dengan munasabah sebagai telah digunakan dalam melakukan sesuatu kesalahan dibawah Akta ini;

(b) mengalih benda, alat, senjata atau bahan yang diambil menurut perenggan (a), ke pejabat Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau jika mustahak atau perlu, ke balai polis yang berhampiran sekali sementara menantikan ia dialih kemudiannya ke pejabat pejabat Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk disimpan dalam jagaannya bagi selama tempoh tidak melebihi tiga puluh hari mulai dari tarikh ia diambil melainkan jika dalam tempoh itu mana-mana orang dipertuduh atas sesuatu kesalahan atau apa-apa langkah pembicaraan lain diambil dibawah Akta ini berkenaan dengan benda, alat, senjata atau bahan itu dan dalam hal yang demikian ia boleh ditahan lebih lama lagi sehingga pembicaraan itu selesai kemudiannya; dan

(c) menghapuskan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan yang mengendalakannya menjalankan kuasa-kuasanya dibawah Seksyen itu.

11. Jika seseorang pegawai menjalankan kuasa-kuasa menggeledah menurut Seksyen 6, 7, 9 dan 18 dia hendaklah menyediakan suatu senarai (yang ditandatangani olehnya) mengenai segala benda yang telah diambil dalam masa menjalankan penggeledahan itu dan suatu salinan senarai itu hendaklah dihantar kepada pemunya atau orang yang menjaga kereta itu atau kepada pemunya atau penduduk rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau bangunan lain itu atau kepada wakilnya secara persendirian atau dengan jalan pos tanpa kelengahan yang tidak berpatutan.

12. Pegawai hendaklah membenarkan penduduk rumah kediaman, kedai, premis perniagan atau bangunan lain itu atau wakilnya, jika salah seorang itu hadir, untuk menyaksikan penggeledahan itu.

13. (1) Tiap-tiap waran geledah yang diberi dibawah Akta ini hendaklah -

(a) dalam borang yang ditetapkan oleh Jadual Lapan; dan
(b) terus berkuatkuasa bagi sesuatu tempoh yang berpatutan.

(2) Sesuatu waran geledah yang diberi dibawah Akta ini boleh dilaksanakan di mana-mana bahagian Malaysia dan, jika tidak dilaksanakan, boleh dibaharui oleh seorang Majistret.

14. (1) Jika seseorang pegawai menjalankan kuasa-kuasa menggeledah dibawah Bab ini,
dia boleh dengan notis bertulis mengarahkan pemunya mana-mana kurungan, kandang atau pondok dimana, mana-mana binatang liar atau burung liar ditempatkan, dikurung atau dibiakkan supaya mengubah, membina semula atau membaiki kurungan, kandang atau pondok itu, jika pegawai itu berpuas hati bahawa kurungan, kandang atau pondok itu tidak sesuai untuk keselesaan atau keadaan baik binatang liar atau burung liar itu.

(2) Notis bertulis itu hendaklah menyatakan -

(a) jenis dan setakat mana sesuatu perubahan, pembinaan semula atau pembaikan itu dikehendaki; dan

(b) tempoh bagi pemunya itu mematuhi kehendak-kehandak notis bertulis itu.

15. (1) Jika atas maklumat bertulis yang dibuat dengan bersumpah oleh seorang
pegawai, seseorang Majistret berpendapat bahawa ada sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa seseorang telah melakukan suatu kesalahan dibawah Akta ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran tangkap memberi kuasa kepada pegawai itu untuk menangkap orang itu.

(2) Pegawai itu hendaklah -

(a) menunjukkan waran tangkap atau satu salinannya kepada orang itu;

(b) memberitahu isinya kepada orang itu; dan

(c) tanpa kelengahan yang tidak berpatutan membawa orang itu ke hadapan seorang Majistret untuk dibicarakan mengikut undang-undang.

16. (1) Tiap-tiap waran tangkap yang diberi dibawah Akta ini hendaklah -

(a) dalam borong yang ditetapkan oleh Jadual Sembilan; dan

(b) terus berkuatkuasa bagi sesuatu tempoh yang berpatutan.

(2) Sesuatu waran tangkap yang diberi dibawah Akta ini boleh dilaksanakan dimana-mana bahagian Malaysia dan jika tidak dilaksanakan, boleh dibaharui oleh seorang Majistret.

17. (1) Jika seseorang pegawai -

(a) mendapati mana-mana orang melakukan, cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan dibawah Akta ini; atau

(b) berpuas hati bahawa diatas tuntutan atau permintaannya seseorang yang telah diberi suatu lesen, permit atau permit khas dibawah Akta ini, enggan mematuhi tuntutan atau permintaannya supaya lesen, permit atau permit khas itu dikemukakan,

dia boleh menangkap orang itu tanpa waran dan boleh menggunakan gari jika perlu bagi mencegah orang yang ditangkap melarikan diri dari tangkapan.

(2) Jika seseorang -

(a) yang boleh ditangkap tanpa waran tangkap, tidak ditangkap menurut Subseksyen (1); atau

(b) lepas lari setelah ditangkap,

dia boleh kemudiannya ditangkap atau ditangkap semula (mengikut mana-mana yang berkenaan) tanpa waran tangkap.

(3) Pegawai yang menangkap seseorang tanpa waran tangkap boleh menahan orang itu dalam jagaan bagi selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam dan selepas itu dia hendaklah segera membawa orang itu ke hadapan seorang Majistret untuk dibicarakan mengikut undang-undang.

17A. (1) Walaupun ada undang-undang yang memperuntukkan sebaliknya, Pengarah
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh, jika dia mengesyaki bahawa suatu kesalahan dibawah Akta ini telah dilakukan, memberi arahan kepada mana-mana pegawai untuk mendapatkan bantuan daripada polis untuk mendirikan atau menempatkan atau menyebabkan didirikan atau ditempatkan sesuatu rintangan atau sekatan jalan raya dimana-mana jalan awam atau lebuh raya atau dimana-mana tempat awam untuk tujuan menahan mana-mana kenderaan untuk diperiksa.

(2) Orang yang menjaga atau mengawal mana-mana kenderaan hendaklah jika dikehendakki berbuat demikian oleh pegawai atau pegawai polis itu, memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai atau pegawai polis itu memeriksa yang sama.

(3) Seseorang pegawai yang menjalankan tugasnya dibawah Subseksyen (1) tidaklah bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kecederaan yang berlaku ke atas seseorang atau apa-apa harta disebabkan oleh tindakan yang diambil olehnya itu.

18. Jika seseorang pegawai menangkap seseorang (dengan atau tanpa waran tangkap) dibawah Bab ini, dia boleh selain daripada itu memeriksa orang itu dan jika orang itu ditangkap dalam suatu rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau bangunan lain, atau dalam kawasan tanah (yang diperihalkan dalam Seksyen 9) menggeledah rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau bangunan lain atau kawasan tanah itu (yang diperihalkan dalam Seksyen 9).

19. (1) Jika seseorang pegawai pada menjalankan kuasa-kuasa dibawah Bab ini
merampas apa-apa barang yang mudah musnah, mana-mana binatang liar atau burung liar, hidup atau mati atau sebahagian daripadanya, atau apa-apa terofi dia hendaklah dengan segera mengemukakan harta itu ke hadapan seorang Majistret yang akan memerintahkan supaya harta itu dimusnahkan atau dijual atau dilupuskan dengan cara lain.

(2) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam Subseksyen (1) jika tiada seseorang Majistret yang boleh didapati dengan segera, Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh memerintahkan harta itu dimusnahkan atau dijual atau dilupuskan dengan cara lain.


BAB 3

Penyiasatan

20. (1) Semua kesalahan dibawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai kesalahan-
kesalahan boleh ditangkap dalam erti Kanun Prosedur Jenayah; dan seseorang Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Timbalan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau PenolongPengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara hendaklah mempunyai segala kuasa khas yang diberi kepada seorang pegawai polis oleh Bab XIII Kanun itu berhubungan dengan penyiasatan polis mengenai kesalahan-kesalahan boleh ditangkap.

(2) Peruntukan Seksyen 112 hingga 114 Kanun Prosedur Jenayah hendaklah dipakai bagi kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh orang-orang yang diperiksa dalam masa mana-mana penyiasatan yang dibuat dibawah Seksyen ini.


BAB 4

Pembicaraan Mahakmah dsb.

21. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen ini seseorang Pengarah
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau seseorang Timbalan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh mengkompaun apa-apa kesalahan dibawah Akta ini tetapi hanya Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara yang boleh mengkompaun sesuatu kesalahan dibawah Akta ini yang berkenaan dengan binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya.

(2) Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh apabila
difikirkannya perlu mewakilkan secara bertulis kuasa-kuasa dibawah Subseksyen (1) lain daripada mengenai binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya kepada seseorang Penolong Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara samada secara khusus atau secara am.

(3) Jika seseorang pegawai itu diberikuasa dibawah Subseksyen (1) atau (2) mengkompaun sesuatu kesalahan menurut Seksyen ini kompaun yang dikenakan itu tidak boleh lebih daripada setengah jumlah wang denda yang ditetapkan bagi kesalahan itu.

22. (1) Seseorang Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau
seseorang Timbalan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh menjalankan pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan dibawah Akta ini.

(2) Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh apabila
difikirkannya perlu mewakilkan secara bertulis kuasa-kuasa dibawah Subseksyen (1) kepada seseorang Penolong Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara samada secara khusus atau secara am.

23. Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh memerintahkan supaya hadiah-hadiah sebagaimana yang difikirkannya patut dibayar kepada mana-mana orang yang telah memberi perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan dengan risikan dalam kes-kes mengenai kesalahan dibawah Akta ini, atau berkenaan dengan apa-apa pengambilan yang dilakukan dibawah Akta ini.

24. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, tiada seseorang
saksi, peguam atau pendakwa dalam mana-mana pembicaraan sivil atau jenayah boleh diwajibkan atau dibenarkan menyatakan -

(a) nama, alamat dan pekerjaan (jika ada) seseorang pemberi rahsia;

(b) isi maklumat yang diterima daripada pemberi rahsia; atau

(c) apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi rahsia itu diketahui.

(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Subseksyen (3) jika
apa-apa buku, suratan atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh kena diperiksa dalam mana-mana pembicaraan sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang menyebut nama atau yang memberi perihal mengenai pemberi rahsia itu atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, maka Mahkamah hendaklah mnegarahkan supaya catatan atau perenggan yang mengandungi perihal atau nama pemberi rahsia itu supaya disembunyikan dari kelihatan atau dipadam hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi rahsia itu daripada diketahui.

(3) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam Subseksyen
(1) dan (2) Mahkamah boleh mengkehendaki supaya dikemukakan maklumat atau pengaduan asal pemberi rahsia itu (jika bertulis), membenarkan supaya dijalankan siasatan dan memerintahkan supaya pemberi rahsia itu diumumkan sepenuhnya jika setelah dijalankan siasatan penuh keatas kes dalam mana-mana pembicaraan atas apa-apa kesalahan dibawah Akta ini atau dalam apa-apa pembicaraan lain Mahkamah berpuas hati bahawa -

(a) dalam maklumat atau pengaduannya pemberi rahsia itu dengan sengaja telah membuat suatu kenyataan matan yang diketahui atau dipercayainya sebagai palsu atau yang tidak dipercayainya sebagai benar; atau

(b) keadilan sepenuhnya tidak boleh dilakukan tanpa diumumkan pemberi rahsia itu.

25. Atas permohonan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Timbalan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Penolong Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, seseorang Majistret hendaklah membuat suatu perintah perampasan, berkenaan dengan yang berikut yang diambil sungguh pun tiada seorang pun dipertuduh atau disabit atas sesuatu kesalahan dibawah Akta ini:

(a) apa-apa jerat, belantik atau penurun;

(b) apa-apa senjatapi (berlesen atau tidak berlesen) atau apa-apa senjata lain, racun, umpan atau umpan beracun yang -

(i) digunakan untuk menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar; atau

(ii) didapati dalam milik seseorang yang dijumpai dalam kawasan rizab hidupan liar atau tempat perlindungan hidupan liar tanpa kebenaran bertulis Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Timbalan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Penolong Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara; atau

(c) apa-apa binatang liar atau burung liar yang -

(i) ditembak, dibunuh atau diambil atau ditempatkan, dikurung atau dibiakkan berlawanan dengan peruntukan Akta ini; atau

(ii) menjadi hal perkara sesuatu kesalahan berhubungan dengan penyeksaan terhadap hidupan liar.

26. Seseorang Majistret boleh membuat perintah perampasan dalam apa-apa hal lain jika apa-apa benda, alat, senjata atau bahan yang telah diambil menurut Seksyen 10 atau 18 menjadi hal perkara atau telah digunakan semasa melakukan sesuatu kesalahan dibawah Akta ini.

27. (1) Apabila seseorang Majistret boleh membuat perintah perampasan menurut
Seksyen 25 dan 26, dia hendaklah memerintahkan supaya hal perkara perintah itu diserahkan kepada Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara di Negeri dimana hal perkara itu telah diambil.

(2) Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara itu hendaklah, menurut Subseksyen (1), melepaskan hal perkara dalam perintah itu mengikut sebagaimana yang difikirkannya patut tertakluk kepada arahan (jika ada) yang diberi oleh Majistret mengenai cara pelepasan.

28. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh diertikan sebagai menyentuh kuasa-kuasa yang diberi kepada seseorang pegawai polis atau Majistret dibawah Kanun Prosedur Jenayah.


BAHAGIAN III

LESEN-LESEN

29. Tertakluk kepada Akta ini tiada seorang pun boleh -

(a) menembak, membunuh atau mengambil apa-apa binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi, atau mengambil sarang atau telurnya;

(b) menjalankan perniagaan sebagai peniaga;

(c) menjalankan perniagaan sebagai pengawet binatang;

(d) menempatkan, mengurung atau membiakkan seseekor binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi kecuali sebagai seorang peniaga atau pengawet binatang;

(e) mengimport ke dalam atau mengeksport dari Malaysia Barat apa-apa binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya;

(f) menyimpan terofi apa-apa binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi; atau

(g) masuk ke dalam tempat perlindungan hidupan liar atau kawasan rizab hidupan liar,

melainkan jika dia adalah pemegang suatu lesen, permit atau permit khas (mengikut mana-mana yang berkenaan) yang diberi dibawah Akta ini.

30. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen ini dan Akta ini
seseorang Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Timbalan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Penolong Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh memberi lesen atau permit yang berasingan (mengikut mana-mana yang berkenaan) kepada mana-mana orang mengenai Seksyen 29 (a), (b), (c), (d), (e), (f) atau (g) mengikut kuota lesen dan permit yang ditetapkan oleh Menteri bagi di mana Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Timbalan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Penolong Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara itu menjalankan kuasanya, dan lesen atau permit itu hendaklah berkuatkuasa hanya di Negeri itu.

(2) Lesen yang berasingan adalah dikehendaki bagi perenggan (a) atau (b) mengikut tafsiran "peniaga" dan bagi perenggan (a), (b) atau (c) mengikut tafsiran "pengawet binatang" dalam Seksyen 3.

(3) Jika dua orang atau lebih menjalankan perniagaan sebagai peniaga atau pengawet binatang (mengikut mana-mana yang berkenaan) mereka tidak dikehendaki memegang lebih daripada satu lesen untuk membenarkan mereka menjalankan salah satu daripada perniagaan itu atas nama dan mengenai perkongsian itu.
(4) Jika seorang peniaga atau pengawet binatang (mengikut mana-mana yang berkenaan) mempunyai lebih dari satu tempat perniagaan suatu lesen yang berasingan adalah dikehendaki untuk setiap tempat perniagaan.

31. Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui perintah dalam Warta menetapkan syarat-syarat berkenaan dengan pemberian lesen-lesen, permit-permit dan permit-permit khas dan dengan tidak menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas boleh dengan khususnya menetapkan -

(a) musim-musim terbuka atau tutup berkenaan dengan binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi yang tertentu;

(b) bilangan binatang liar yang diperlindungi; burung liar yang diperlindungi, sarang atau telurnya atau terofi yang boleh ditembak, dibunuh, diambil, ditempatkan, dikurung, dibiakkan atau disimpan sebagaimana yang dibenarkan dan ditetapkan dalam lesen yang diberi di bawah Seksyen 30;

(c) jalan-jalan atau cara-cara bagaimana binatang-binatang liar atau burung-burung liar yang tertentu boleh ditembak, dibunuh atau diambil serta termasuk jenis senjata api;

(d) masa-masa pada waktu siang atau malam bila binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi atau sarang atau telurnya boleh ditembak, dibunuh atau diambil;

(e) tempat-tempat yang dihadkan bagi menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi yang tertentu atau sarang atau telurnya;

(f) kategori-kategori lesen-lesen, permit-permit dan permit-permit khas yang berlainan yang diberi di bawah Akta ini;

(g) kuota lesen dan permit yang hendak diberi bagi -

(i)setiap kategori yang diperihalkan dalam Seksyen 29 dan 30;

(ii)setiap tahun atau musim terbuka; dan

(iii)setiap Negeri, berkenaan dengan setiap binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi atau sarang atau telurnya;

(h) bayaran dan bentuk-bentuk lesen-lesen, permit-permit dan permit-permit khas; dan

(i) supaya taraf kematangan binatang liar yang diperlindungi yang boleh ditembak, dibunuh, ditangkap, dibiakkan, diambil atau dikurung atau taraf kematangan burung liar yang diperlindungi yang boleh ditangkap, dibiakkan, diambil atau dikurung dinyatakan di dalam sesuatu lesen, permit atau permit khas.

31A. Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Bahagian V tiada sesuatu lesen atau permit
boleh diberi untuk menembak, membunuh atau mengambil dalam musim tutup mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi.

32. Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam Bahagian ini, Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan permit sebagai tambahan kepada kuota lesen dan permit yang ditetapkan oleh Seksyen 30 (2) dan 31.

33. Tiada seorang pun boleh diberi lesen untuk menembak binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi dengan menggunakan senjata api melainkan jika -

(a) dia adalah pemegang suatu lesen yang sah yang diberi di bawah Akta Senjata 1960

(b) dia mengemukakan lesen itu kepada Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara apabila memohon lesen untuk menembak binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi; dan

(c) dia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan melalui perintah berkenaan dengan penjelasan deposit bayaran dan syarat-syarat lain yang ditetapkan menurut Seksyen 31.

34. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian V, tiada apa-apa lesen atau permit boleh diberi berkenaan dengan -

(a) mana-mana binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya atau sebahagian daripadanya;

(b) mana-mana binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau sebahagian daripadanya yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya atau sebahagian daripadanya, yang tidak matang;

(c) sarang atau telur mana-mana binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya.

35. Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara hendaklah menyimpan dan menyelenggara suatu daftar mengenai orang-orang yang diberi lesen dan permit atau permit khas di bawah Akta ini termasuk nama, alamat dan pekerjaan mereka dan butir-butir ringkas yang lain.

36. Jika seseorang pemburu berlesen menembak, membunuh atau mengambil seseekor binatang liar atau burung liar, dia hendaklah merekodkan dalam ruangan yang berkenaan yang diperuntukkan dalam lesen itu -

(a) bilangan, jantina dan jenis binatang liar atau burung liar itu;

(b) tarikh dan tempat binatang liar atau burung liar itu ditembak, dibunuh atau diambil; atau

(c) jalan-jalan atau cara-cara bagaimana ia ditembak, dibunuh atau diambil.

37. (1) Jika seseorang menjalankan perniagaan sebagai peniaga atau pengawet binatang
(mengikut mana-mana yang berkenaan), dia hendaklah menyimpan dan merekodkan dalam suatu buku butir-butir berikut:

(a) tarikh, bilangan dan jenis binatang liar atau burung liar, sama ada hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya atau barang-barang yang dibuat daripada binatang liar atau burung liar, yang telah diterima atau dibeli atau dijual;

(b) nama, alamat dan nombor lesen (jika ada) penjual atau pembeli; dan

(c) harga belian atau harga jualan benda dan perkara yang tersebut dalam perenggan (a) sama ada dalam keadaannya yang sudah siap atau belum siap.

(2) Seseorang peniaga atau pengawet binatang (mengikut mana-mana yang berkenaan) hendaklah mengeluarkan resit yang sah mengenai jualannya kepada pembeli sebaik sahaja jual beli dibuat.

38. Tiap-tiap orang yang diberi lesen di bawah Akta ini hendaklah -

(a) jika dia seorang pemburu berlesen, membawa lesen itu (yang membenarkannya menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi) apabila dia membawa senjata api atau dengan apa-apa cara menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar atau mencuba atau membuat persediaan untuk menembak, membunuh atau mengambilnya;

(b) jika dia seorang peniaga atau pengawet binatang berlesen, menunjukkan lesen itu (yang membenarkannya menjalankan perniagaan sebagai peniaga atau pengawet binatang mengikut mana-mana yang berkenaan) di suatu bahagian yang mudah dilihat di tempat perniagaannya;

(c) apabila diminta atau dituntut oleh seorang pegawai, mengemukakan apa-apa lesen yang telah diberi kepadanya di bawah Akta ini untuk diperiksa;

(d) memberitahu Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara mengenai apa-apa pertukaran alamatnya yang direkodkan dalam lesen itu; dan

(e) mengembalikan lesennya kepada Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dalam tempoh empat belas hari dari tarikh lesen itu habis tempohnya.

39. (1) Tiada seseorang peniaga boleh membeli atau dengan secara lain memperolehi
mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi sama ada hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya dari mana-mana orang selain daripada pemburu berlesen atau seorang Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara jika mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi itu sama ada hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya dijual oleh Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara menurut Akta ini.

(2) Tiada seseorang pengawet binatang boleh membeli atau degan secara lain memperolehi mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi sama ada hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya atau sesuatu barang yang dibuat daripada binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi selain daripada -

(a) seorang pemburu berlesen;

(b) seorang peniaga berlesen; atau

(c) seorang Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, jika mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi sama ada hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya itu dijual oleh seorang Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara menurut Akta ini.

(3) seseorang peniaga berlesen boleh menjual atau menawarkan untuk dijual mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi dalam musim terbuka atau dalam tempoh tiga puluh hari yang pertama dalam musim tutup dan selepas itu tidak boleh menjual atau menawarkan untuk dijual binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi itu melainkan jika kemudiannya suatu musim terbuka diisytiharkan bagi binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi itu.

40. Tiada seorang pun, kecuali Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara yang bertindak di bawah Seksyen 103, boleh menjual mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi sama ada hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya kepada mana-mana orang selain daripada seorang peniaga berlesen atau pengawet binatang berlesen.

41. Tiada seorang pun (kecuali seorang peniaga atau pengawet binatang) yang bercadang hendak menempat, mengurung atau membiakkan mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi atau yang bercadang hendak menyimpan suatu terofi boleh membeli mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi atau terofi selain daripada seorang pemburu berlesen, peniaga berlesen, pengawet binatang berlesen atau Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara jika mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi atau terofi itu dijual oleh Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara menurut Akta ini.

42. (1) Jika sesuatu lesen, permit atau permit khas hilang, binasa atau cacat, pemegang
lesen itu boleh mendapatkan suatu lesen, permit atau permit khas yang baharu (yang habis tempohnya pada tarikh sama dengan tarikh habis tempoh bagi lesen, permit atau permit khas yang hilang, binasa atau cacat itu) daripada Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara jika dia -

(a) membuat permohonan bertulis disokong dengan suatu akuan berkanun;

(b) memuaskan hati Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara bahawa dia membuat permohonan itu dengan suci hati; dan

(c) membayar suatu bayaran bagi lesen baharu itu.

(2) Pemegang lesen, permit atau permit khas menurut Subseksyen (1) tidak boleh menjalankan kegiatan-kegiatan yang dibenarkan oleh lesen, permit atau permit khas yang hilang, binasa atau cacat itu sehingga dia telah diberi suatu lesen, permit atau permit khas yang baharu.

43. (1) Mana-mana lesen yang diberi di bawah Akta ini berlawanan dengan peruntukan-
peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pemberian lesen, adalah disifatkan sebagai tidak sah akan tetapi adalah menjadi suatu pembelaan bagi seseorang yang dipertuduh melakukan sesuatu perbuatan tanpa lesen yang membenarkannya berbuat demikian, mengemukakan lesen yang tidak sah yang bermaksud membenarkannya melakukan perbuatan itu kecuali jika dia telah melakukan perbuatan itu dengan mengetahui bahawa lesen itu tidak sah.

(2) Bagi maksud Seksyen ini, jika menurut Subseksyen (1) suatu lesen yang tidak sah dikemukakan sebagai pembelaan terhadap sesuatu pertuduhan, "lesen yang tidak sah" ertinya suatu lesen yang (sekiranya lesen itu sah) belum habis tempohnya.

44. (1) Jika mana-mana orang yang diberi lesen di bawah Akta ini disabitkan kerana
melakukan kesalahan melanggar syarat-syarat dalam lesen, maka lesen itu hendaklah disifatkan sebagai telah gantung dan tidak berkuatkuasa sementara menantikan rayuan terhadap sabitan diputuskan (jika ada) dan jika rayuan terhadap sabitan itu ditolak, lesen itu hendaklah disifat sebagai tidak sah.

(2) Jika seseorang yang dahulunya telah disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, disabitkan lagi atas suatu kesalahan di bawah Akta ini dan denda (jika ada) dalam kedua-dua sabitan itu ialah atau melebihi lima ratus ringgit, maka dia adalah hilang kelayakannya daripada memegang apa-apa lesen bagi selama tempuh lima tahun mulai dari tarikh pembicaraan berkenaan dengan sabitan yang kedua atau sabitan yang kemudiannya itu diputuskan dengan muktamad.

44A. (1) Tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan Seksyen 43 dan 44, Menteri atau
Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Timbaaln Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh tanpa memberi apa-apa sebab menggantung, membatal atau menarik balik sesuatu lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika dia ada sebab bagi mempercayai bahawa mana-mana daripada peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan atau kaedah yang dibuat dibawahnya atau syarat-syarat lesen atau permit itu telah dilanggar, atau mengubah, menambah atau memotong syarat-syarat yang kepadanya lesen atau permit itu tertakluk:

Dengan syarat bahawa jika sesuatu permit dikeluarkan oleh Menteri maka ianya hanya boleh dibatalkan atau ditarik balik oleh Menteri.

(2) Jika sesuatu lesen atau permit digantung, dibatalkan oleh Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Timbaaln Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara maka orang yang terkilan dengannya boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh empat belas hari dari tarikh diterima notis mengenai penggantungan, pembatalan atau penarik balikan itu dan keputusan Menteri itu adalah muktamad.

45. Tiada apa-apa jua lesen yang diberi di bawah Akta ini boleh dipindahmilik.

46. Jika seseorang pegawai mendapati mana-mana orang -

(a) membawa sesuatu senjata api;

(b) ada dalam milik atau kawalannya mana-mana binatang liar atau burung liar sama ada yang hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya;

(c) menjalankan perniagaan sebagai seorang peniaga atau pengawet binatang; atau

(d) yang disyakinya dengan munasabah sebagai telah melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini,

dia boleh menahan orang itu dan memintanya mengemukakan apa-apa lesen yang diberi di bawah Akta ini.


BAHAGIAN IV

RIZAB-RIZAB HIDUPAN LIAR DAN TEMPAT-TEMPAT PERLINDUNGAN

47. Raja atau Yang di Pertua sesuatu Negeri setelah berunding dengan Menteri dari semasa ke semasa boleh melalui pemberitahuan dalam Warta -

(a) mengisytiharkan mana-mana tanah Kerajaan sebagai rizab hidupan liar atau tempat perlindungan hidupan liar dan menetapkan pegawai yang pada masa itu mempunyai kawalan ke atas rizab atau tempat perlindungan itu;

(b) menetapkan dan mengubah sempadan-sempadan rizab hidupan liar atau tempat perlindungan hidupan liar;

(c) mengenai sesuatu rizab hidupan liar, menetapkan binatang-binatang dan burung-burung tertentu (yang bukan binatang liar yang diperlindungi atau bukan burung liar yang diperlindungi dalam erti Akta ini) sebagai binatang liar yang diperlindungi atau diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi atau diperlindungi sepenuhnya (mengikut mana-mana yang berkenaan) dan penetapan itu adalah sebagai tambahan kepada senarai binatang liar dan burung liar yang dinyatakan dalam Jadual-Jadual kepada Akta ini.

48. (1) Tiada seorang pun boleh memasuki sesuatu rizab hidupan liar atau tempat
perlindungan hidupan liar kecuali jika dia terlebih dahulu mendapat suatu permit bertulis daripada Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara yang membenarkannya berbuat demikian.

(2) Tiada seorang pun boleh diberi sesuatu permit bertulis yang membenarkannya memasuki sesuatu rizab hidupan liar atau tempat perlindungan hidupan liar kecuali jika -

(a) bagi sesuatu rizab hidupan liar, dia seorang pemburu berlesen; atau

(b) bagi sesuatu rizab hidupan liar atau tempat perlindungan hidupan liar, dia memuaskan hati Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dengan membuat permohonan bertulis, bahawa dia bercadang hendak masuk ke dalam rizab hidupan liar atau tempat perlindungan hidupan liar itu bagi maksud seni lukis, sains atau rekreasi.

(3) Mana-mana permit bertulis yang diberi di bawah Bahagian ini hendaklah menyatakan tempoh pemegang permit itu dibenarkan masuk ke dalam rizab hidupan liar atau tempat perlindungan hidupan liar itu, dan tempoh itu tidak boleh lebih daripada satu bulan tetapi boleh diperbaharui bagi beberapa tempoh hingga satu bulan pada sesuatu masa.

(4) Jika seseorang yang dibenarkan masuk kedalam rizab hidupan liar atau tempat perlindungan hidupan liar itu, dia boleh dikehendaki supaya diiringi oleh seorang Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau mana-mana pegawai lain.

(5) Tiada seorang pun boleh mengganggu atau memotong atau mengeluarkan apa-apa kayu atau tumbuh-tumbuhan di dalam sesuatu rizab hidupan liar.

49. Tiada seorang pun boleh -

(a) menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang atau burung (liar atau tidak);

(b) mengambil, mengganggu, merosak atau membinasakan sarang atau telur mana-mana binatang atau burung (liar atau tidak);

(c) mengganggu atau mengeluarkan apa-apa kayu atau tumbuh-tumbuhan,

dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar.

50. Mana-mana pemburu berlesen boleh menembak, membunuh atau mengambil seseekor binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi (yang dinyatakan dalam lesennya) dalam sesuatu rizab hidupan liar jika dia telah terlebih dahulu mendapat suatu permit bertulis menurut Seksyen 48.


BAHAGIAN V

PENGECUALIAN-PENGECUALIAN AM DAN ANGGAPAN-ANGGAPAN

51. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Menteri boleh -

(a) memberi tidak lebih daripada satu permit khas kepada setiap pemohon bagi setiap tahun untuk menembak, membunuh, mengambil, menyimpan, membeli, menjual, mengimport, mengeksport, menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya;

(b) memberi permit khas untuk mengambil, menyimpan, mengimport, mengeksport, menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya ke mana-mana zoo yang orang awam kena bayar untuk masuk ke dalamnya atau yang orang awam boleh keluar masuk;

(c) memberi tidak lebih daripada satu permit khas kepada setiap pemohon bagi setiap musim tutup untuk menembak membunuh atau mengambil dalam musim tutup mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi; dan

(d) memberi tidak lebih daripada satu permit khas kepada setiap pemohon untuk menangkap, mengurung, membiakkan, menyimpan, mengimport atau mengeksport mana-mana binatang buruan atau mana-mana burung buruan atau sebahagian daripadanya.

Jika orang atau zoo itu -

(i) membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan permit khas itu
dengan menyatakan alasan-alasan bagi membuat permohonan itu; dan

(ii)memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan melalui perintah berkenaan dengan
penjelasan deposit bayaran dan syarat-syarat lain.

(2) Sesuatu permit khas hendaklah menyatakan binatang liar atau burung liar dan tempoh yang baginya ia dikeluarkan.

(3) Menteri boleh mengenakan ke atas permit khas itu apa-apa syarat yang tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini dan mana-mana orang atau zoo yang melanggar mana-mana daripada syarat-syarat yang dikenakan ke atas permit khas itu atau apa-apa syarat yang dikenakan ke atas permit khas itu atau apa-apa syarat yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1) (ii) hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 97 dan permit itu boleh dibatalkan.

51A. Seseorang atau seorang ejen sesuatu persatuan yang ingin membuat penyelidikan atau
kajian mengenai seekor binatang liar atau burung liar atau sebahagian daripadanya hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis untuk berbuat demikian terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

52. Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, seseorang dari kaum Orang Asli (sebagaimana ditakrif dalam Akta Orang Asli 1954) boleh menembak, membunuh atau mengambil binatang-binatang liar atau burung-burung liar yang diperihalkan dalam Jadual Dua dan Empat sebagai rusa, pelanduk, burung-burung buruan dan monyet bagi maksud menyara diri sendiri dan keluarganya.

53. Mana-mana pegawai yang bertindak secara bona fide pada menjalankan kuasa-kuasanya boleh menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar jika -

(a) binatang liar atau burung liar itu adalah berbahaya kepada nyawa atau harta manusia

(b) perlu atau mustahak untuk mengelakkan binatang liar atau burung liar daripada menderita dengan tidak sepatutnya; atau

(c) dia mengiringi pemegang permit khas yang dikeluarkan di bawah Seksyen 51.

54. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, seseorang pemunya atau
penduduk tanah boleh menggunakan getah burung bagi membinasakan secara bona fide burung-burung yang memakan bijirin yang didapati merosak atau membinasakan bijirin hidup dalam masa tanaman itu masuk atau sedang masak:

Dengan syarat bahawa pemunya atau penduduk itu hendaklah membinasakan dengan berkesan, apabila tanaman ini dituai, apa-apa jua getah burung dan bekas kayu atau apa-apa bahan lain yang di mana getah burung telah digunakan.

(2) Seseorang Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh memberi arahan-arahan -

(a) tentang bagaimana hendak membubuh getah burung itu; dan

(b) tentang bagaimana hendak mempastikan pengawasan dan kawalan yang cukup terhadap penggunaan getah burung itu.

(3) Mana-mana orang yang di beri kuasa menggunakan getah burung hendaklah mematuhi arahan-arahan itu.

55. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana Seksyen lain dan kecuali
sebagaimana yang diperuntukan dalam Seksyen ini jika seseekor binatang liar atau burung liar menyebabkan kerosakan besar atau jika ada sebab bagi mempercayai bahawa ia mungkin menyebabkan kerosakan besar kepada tanam-tanaman, sayur-sayuran, buah-buahan, pohon-pohon hidup, ayam ternak atau binatang ternak dalam milik seseorang pemunya atau penduduk tanah, maka pemunya atau penduduk atau pekerja-pekerjanya atau seseorang yang dilantik dibawah Seksyen 4 (1) boleh menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar itu jika -

(a) terlebih dahulu dia telah berusaha dengan munasabah untuk menakutkan binatang liar atau burung liar itu (termasuk melepaskan tembakan ke udara); dan

(b) usaha-usaha yang munasabah itu tidak menakutkan binatang liar atau burung liar itu.

(2) Menurut Seksyen ini seseorang pemunya atau penduduk tanah hendaklah melaporkan butir-butir mengenai kerosakan (jika ada) dan jenis binatang liar atau burung liar itu kepada mana-mana pegawai walaupun tiada apa-apa jua binatang liar atau burung liar telah ditembak, dibunuh atau diambil, dan jika pemunya atau penduduk itu telah menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar itu dia hendaklah, kecuali dia diberi lesen berbuat demikian, membuat laporan yang sama.

(3) Jika seseekor binatang liar atau burung liar yang telah menyebabkan kerosakan besar itu menurut Subseksyen (1) tidak lagi selepas itu berbuat demikian maka ia tidak boleh ditembak, dibunuh atau diambil.

(4) Mana-mana binatang liar atau burung liar yang ditembak, dibunuh atau diambil menurut Seksyen ini adalah menjadi harta Kerajaan Negeri dan hendaklah diserahkan kepada seseorang yang dilantik dibawah Seksyen 4 (1) dengan tidak berlengah-lengah.

56. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana Seksyen kecuali Seksyen ini
dan Seksyen 94, jika seseekor binatang liar menjadi bahaya serta-merta terhadap nyawa manusia maka mana-mana orang boleh menembak, membunuh atau mengambil binatang liar itu akan tetapi jika orang yang menggunakan kecualian ini membangkitkan kemarahan atau melukakan binatang liar itu hingga kemudiannya ia menjadi bahaya besar terhadap nyawa manusia, orang itu adalah terlepas dari kesalahan hanya mengenai perbuatan yang mula-mula tersebut itu dan boleh didapati bersalah mengenai perbuatan yang tersebut kemudian itu menurut Seksyen 94.

(2) Bagi maksud Seksyen ini, terbitnya "bahaya besar terhadap nyawa manusia" ialah apabila ada sebab bagi mempercayai bahawa jika binatang liar itu tidak ditembak, dibunuh atau diambil ia mungkin menyebabkan kehilangan nyawa manusia.

(3) Jika mana-mana orang menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar menurut Seksyen ini dengan tujuan hendak menyelamatkan nyawa manusia dia hendaklah (kecuali dia diberi lesen untuk menembak, membunuh atau mengambil binatang liar) dengan segera melaporkan perkara itu kepada mana-mana pegawai dan jika orang itu melukakan binatang liar itu peruntukan-peruntukan Seksyen 102 hendaklah dipakai.

(4) Mana-mana binatang liar yang ditembak, dibunuh atau diambil menurut Seksyen ini adalah menjadi harta Kerajaan Negeri dan hendaklah diserahkan kepada seseorang pegawai dengan tidak berlengah-lengah.

57. Jika mana-mana orang dijumpai memasang, meletak, menggunakan atau dengan secara lain memiliki mana-mana binatang atau burung (liar atau tidak) dalam sesuatu keadaan yang menyebabkan ada sebab bagi mengesyaki bahawa orang itu menggunakan binatang atau burung itu sebagai denak atau umpan bagi maksud memikat mana-mana binatang liar atau burung liar, maka sehingga akasnya dibuktikan adalah dianggapkan bahawa orang itu telah cuba menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar.

58. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 59 dan 60, tiap-tiap orang selain daripada -

(a) seorang peniaga berlesen dalam masa menjalankan perniagaannya;

(b) seorang pengawet binatang berlesen dalam masa menjalankan perniagaannya;

(c) seorang pemburu berlesen;

(d) seorang yang diberi lesen untuk menempatkan, mengurung atau membiakkan binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi dibawah Seksyen 29 (d), kecuali sebagai seorang peniaga atau pengawet binatang; atau

(e) seorang yang diberi lesen untuk mengimport dan mengeksport binatang-binatang liar yang diperlindungi atau burung-burung liar yang diperlindungi menurut Seksyen 29 (e),

yang ada dalam miliknya binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya hendaklah sehingga akasnya dibuktikan dianggapkan sebagai telah menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar itu.

59. Jika -

(a) sesiapa dari orang-orang yang diperihalkan dalam Seksyen 58 (a), (b), (d) dan (e) dijumpai ada dalam miliknya binatang-binatang liar yang diperlindungi atau burung-burung liar yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya lebih daripada bilangan binatang-binatang liar atau burung-burung liar yang dibenarkan yang ditetapkan dalam lesen yang diberi kepadanya menurut Seksyen 31; atau

(b) seseorang pemburu berlesen dijumpai ada dalam miliknya binatang-binatang liar atau burung-burung liar atau sebahagian daripadanya -

(i) lebih daripada bilangan binatang-binatang liar atau burung-
burung liar yang dibenarkan yang ditetapkan dalam lesen yang
diberi kepadanya menurut Seksyen 31; atau

(ii) dalam musim tutup yang diisytiharkan bagi binatang-binatang
liar atau burung-burung liar itu,

dia hendaklah dianggapkan sehingga akasnya dibuktikan sebagai telah
menembak, membunuh atau mengambil binatang-binatang liar atau burung-
burung liar itu.

60. Tiap-tiap orang (termasuk orang-orang yang diperihalkan dalam Seksyen 58 (a), (b), (d)
dan (e)) selain daripada seorang pemburu berlesen, yang ada dalam miliknya binatang liar atau burung liar yang baharu dibunuh atau dilukakan atau sebahagian daripadanya hendaklah dianggapkan sehingga akasnya dibuktikan sebagai telah menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar itu.

61. Jika Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau mana-mana orang yang diperakui secara bertulis olehnya mempunyai pengetahuan khusus atau kemahiran dalam hidupan liar memberi keterangan dengan bersumpah dalam mahkamah bahawa apa-apa benda atau barang, mengikut mana-mana yang berkenaan, ialah binatang liar atau sebahagian daripadanya, burung liar atau sebahagian daripadanya, daging binatang liar, daging burung liar, terofi, belantik, ranjau, pelubangan, penurun, jerat, umpan, umpan beracun atau perangkap dawai maka hendaklah sehingga akasnya dibuktikan dianggapkan bahawa benda atau barang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah ialah binatang liar atau sebahagian daripadanya, burung liar atau sebahagian daripadanya, daging binatang liar, daging burung liar, terofi, belantik, ranjau, pelubangan, penurun, jerat, umpan, umpan beracun atau perangkap dawai.

62. Jika seseorang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini kerana menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar atau kerana cuba melakukan kesalahan itu maka hendaklah dianggapkan sehingga akasnya dibuktikan bahawa mana-mana orang lain telah bersubahat dengan orang yang disabitkan itu jika pada masa kesalahan itu dilakukan orang lain itu -

(a) telah dijumpai bersama orang yang disabitkan itu; atau

(b) telah membawa racun, umpan beracun, denak, jaring, getah burung, senjata api, sumpitan, panah dan anak panah, lembing, lastik atau apa-apa senjata lain (sama ada sama jenisnya atau tidak) yang boleh digunakan untuk menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar.

63. Jika binatang liar, burung liar atau sebahagian daripadanya (sama ada binatang liar atau burung liar) atau jerat dijumpai dalam mana-mana bangunan maka hendaklah dianggapkan sehingga akasnya dibuktikan bahawa penduduk bangunan itu memiliki binatang liar, burung liar atau sebahagian daripadanya (sama ada binatang liar atau burung liar) atau jerat itu dan jika terdapat lebih daripada seorang penduduk dalam bangunan itu maka penduduk bahagian bangunan di mana binatang liar atau burung liar atau sebahagian daripadanya (sama ada binatang liar atau burung liar) atau jerat itu dijumpai hendaklah dianggapkan sehingga akasnya dibuktikan sebagai penduduk bagi maksud Seksyen ini.


BAHAGIAN VI

KESALAHAN-KESALAHAN DAN PENALTI-PENALTI

BAB 1

Perlindungan Am

64. (1) Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh
atau mengambil binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi (selain daripadanya binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau jenis betina binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Tiap-tiap orang (selain daripada orang-orang yang diperihalkan dalam Seksyen 64 (1), 65, 66 dan 67) yang ada dalam miliknya atau yang menjalankan perniagaan sebagai peniaga atau pengawet binatang mengenai -

(a) binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi atau terofinya;

(b) sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya.

Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

64A. Walau apa pun peruntukan dalam Akta ini, tiap-tiap orang yang dengan menyalahi
undang-undang menembak, membunuh atau mengambil seekor badak kerbau, harimau
belang atau harimau dahan atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

65. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau
mengambil jenis binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

66. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau
mengambil jenis betina binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

67. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempuh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

68. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau terofinya atau burung liar yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau terofinya (selain daripada binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagiannya atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagiannya atau binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagiannya atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

69. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya atau burung liar jenis betina yang diperlindungi atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun enam bulan atau kedua-duanya.

70. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau ada di dalam miliknya dengan secara tak sah binatang liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagian daripadanya atau burung liar yang diperlindungi yang tidak matang atau sebahagian daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

71. Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

72. Tiap-tiap orang yang -

(a) dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar;

(b) dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau membinasakan sarang atau telur binatang liar atau burung liar dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar;

(c) dengan menyalahi undang-undang mengganggu atau mengeluarkan apa-apa kayu atau tumbuhan dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

73. (1) Tiap-tiap orang yang-

(a) dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuh atau
mengambil binatang liar atau burung liar dalam sesuatu rizab hidupan liar; atau

(b)dengan menyalahi undang-undang mengambil atau merosak atau
membinasakan sarang atau telur binatang liar atau burung liar dalam sesuatu rizab hidupan liar,

adalah melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-
apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Bagi maksud Seksyen ini mana-mana pemburu berlesen yang memasuki sesuatu rizab hidupan liar tanpa permit yang membenarkannya berbuat demikian dan melakukan salah satu daripada perbuatan-perbuatan yang diperihalkan dalam Subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai telah melakukan suatu kesalahan menurut Subseksyen itu.

74. (1) Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang
diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya diantara pukul tujuh setengah malam dan pukul enam setengah pagi adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-
apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Tiap-tiap orang (sama ada dia seorang pemburu berlesen atau tidak) yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi kecuali dalam masa yang dibenar dan ditetapkan oleh Menteri bagi binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi yang ditetapkan menurut suatu perintah yang dibuat di bawah Seksyen 31 (d), adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3) (Dimansuhkan oleh Akta A697)

75. Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar -

(a) tanpa lesen, permit atau permit khas untuk berbuat demikian;

(b) dalam musim tutup (binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi) yang diisytiharkan bagi binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi; atau

(c) lebih daripada bilangan yang dibenarkan dan diberi kuasa dalam lesen, permit atau permit khas, bagi binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi,

hendaklah disifatkan sebagai telah dengan menyalahi undang-undang menembak,
membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar itu (yang diperlindungi sepenuhnya atau yang diperlindungi mengikut mana-mana yang berkenaan).


BAB 2

Cara-cara menembak, membunuh, mengambil dsb

76. (1) Tiap-tiap orang yang memasang, meletak atau menggunakan apa-apa jerat atau
bahan letupan bagi maksud menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2) Tiap-tiap orang (melainkan jika mempunyai kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) yang ada dalam miliknya sesuatu jerat adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti yang sama seperti yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1).

76A. (1) Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang ada di dalam miliknya
dua puluh lima jerat atau lebih adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun.

(2) Dalam Subseksyen (1) "jerat" ertinya perangkap dawai.

77. (1) Tiap-tiap orang yang membubuh, meletak atau menggunakan apa-apa racun,
umpan beracun, umpan atau getah burung (tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian V berhubungan dengan getah burung) atau jaring bagi maksud membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(2) Seksyen ini tidak boleh dipakai mana-mana penjawat awam yang membubuh atau menggunakan apa-apa racun dalam masa menjalankan kewajipan rasminya bagi maksud membinasakan perosak-perosak pertanian atau tumbuh-tumbuhan berbahaya tertakluk kepada pengawasan Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara tentang membubuh atau menggunakan racun itu.

78. Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi dengan menggunakan apa-apa senjata selain daripada apa-apa senjata yang dinyatakan oleh Menteri menurut Seksyen 31 sebagai senjata bagi menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar yang ditetapkan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

79. Tiap-tiap orang yang -

(a) bagi menembak, membunuh atau mengambil binatang liar atau burung liar dalam jarak suku batu dari mana-mana jenut;

(b) ada dalam miliknya apa-apa senjata api, panah dan anak panah, sumpitan, lembing, lastik atau apa-apa senjata lain (sama ada sama jenisnya atau tidak) yang boleh digunakan untuk menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar dalam jarak suku batu dari mana-mana jenut; atau

(c) menunggu di mana-mana tempat, membina apa-apa pelantar atau tempat berlindung atau memasang atau meletakkan apa-apa jerat, racun, umpan beracun, getah burung atau jaring yang menyalahi undang-undang bagi maksud menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar atau burung liar dalam jarak suku batu dari mana-mana jenut atau dalam kawasan mana-mana jalan yang menuju ke mana-mana jenut,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

80. Tiap-tiap orang yang menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang liar
atau burung liar dari mana-mana kereta adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

BAB 3

Lesen-lesen, Permit-permit dsb

81. Tiap-tiap orang yang dengan mengetahui masuk ke dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar tanpa permit untuk berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

82. Tiap-tiap orang yang dengan mengetahui masuk ke dalam sesuatu rizab hidupan liar tanpa permit untuk berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

83. (1) Tiap-tiap orang yang menjalankan perniagaan sebagai peniaga tanpa lesen atau
lesen-lesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya berkenaan dengan setiap lesen jika lebih daripada satu lesen dikehendaki.

(2) Tiap-tiap orang yang menjalankan perniagaan sebagai pengawet binatang tanpa
lesen atau lesen-lesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya berkenaan dengan setiap lesen jika lebih daripada satu lesen dikehendaki.
84. Tiap-tiap peniaga atau pengawet binatang (mengikut mana-mana yang berkenaan) yang
membeli daripada atau menjual bagi pihak seseorang pemburu tidak berlesen mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi yang hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

85. Tiap-tiap orang yang menjual mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi diperlindungi yang hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya kepada seorang peniaga atau pengawet binatang yang tidak berlesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

86. Tiap-tiap orang (selain daripada seorang peniaga atau pengawet binatang) yang membeli
binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi diperlindungi yang hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya daripada seorang peniaga atau pemburu yang tidak berlesen atau sesuatu terofi daripada seseorang pengawet binatang yang tidak berlesen adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

87. Tiap-tiap peniaga atau pengawet binatang yang tidak merekodkan dalam suatu buku apa-
apa butir yang ditetapkan dalam Seksyen 37 (apabila dikehendaki oleh keadaannya menurut Seksyen ini) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

88. Tiap-tiap pemburu berlesen yang tidak merekodkan dalam ruangan yang tertentu yang
disediakan dalam lesennya apa-apa butir yang ditetapkan dalam Seksyen 36 (apabila dikehendaki oleh keadaannya menurut Seksyen ini) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

89. Tiap-tiap peniaga atau pengawet binatang yang tidak menunjukkan lesen membenarkannya menjalankan perniagaan sebagai peniaga atau pengawet binatang, di suatu bahagian yang mudah dilihat di temapt perniagaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

90. Tiap-tiap orang yang enggan mengemukakan untuk diperiksa apa-apa lesen atau permit khas yang diberi kepadanya di bawah Akta ini apabila dituntut atau diminta oleh seseorang pegawai adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.


BAB 4

Pelbagai

91. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Seksyen ini, tiap-tiap orang
yang dengan mengetahui menggangu apa-apa jenut atau kawasan tanah berdekatan dengan mana-mana jenut (yang mana kawasan tanah yang menunjukkan diganggu akan menjadi jenut itu tidak menarik atau tidak selamat kepada mana-mana binatang liar) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Bagi maksud Seksyen ini, "mengganggu" termasuklah mengalih atau mencacat apa-apa tanah, galian, air, pokok, tumbuhan bawah atau tumbuh-tumbuhan lain di dalam atau di atas jenut atau di dalam atau di atas tanah dalam kawasan berdekatan dengan jenut itu.

(3) Seksyen ini tidak boleh dipakai bagi -

(a) Kerajaan Persekutuan;

(b) Kerajaan mana-mana Negeri; atau

(c) Mana-mana perbadanan, syarikat, firma atau orang perseorangan yang diberi kuasa atau dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri,

Yang bertindak atau akan bertindak (mengikut mana-mana yang berkenaan) menurut mana-mana rancangan pembangunan luar bandar, rancangan pembangunan bandar atau usaha perusahaan.

92. (1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Seksyen ini, tiap-tiap orang
yang -

(a) memukul, menendang, memberangkan, menakutkan atau menyeksa mana-mana binatang liar atau burung liar;

(b) cuai memberi makanan atau air yang cukup kepada mana-mana binatang liar atau burung liar yang ditempatkan, dikurung atau dibiakkan olehnya;

(c) menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana binatang liar atau burung liar mengikut sesuatu cara yang menyebabkan kepadanya kesakitan atau penderitaan yang tidak patut termasuk menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana binatang liar atau burung liar dalam mana-mana kurungan, kandang atau pondok yang tidak sesuai atau tidak baik untuk keselesaan atau kesihatan binatang liar atau burung liar itu;

(d) menggunakan mana-mana binatang liar bagi melaksanakan atau membantu dalam melaksanakan apa-apa kerja atau perburuhan yang tidak boleh dijalankan oleh binatang liar itu oleh kerana apa-apa kelemahan, luka, penyakit atau apa-apa hilang upaya yang lain;

(e) menggunakan, menguja, membangkitkan kemarahan atau memberangkan mana-mana binatang liar atau burung liar bagi maksud mengumpannya atau melagakannya dengan mana-mana binatang liar atau burung liar lain atau menguruskan mana-mana premis atau tempat bagi mana-mana maksud itu; atau

(f) dengan sengaja melakukan atau dengan sengaja tidak melakukan apa-apa yang menyebabkan dengan mana-mana cara apa-apa penderitaan, kesakitan atau kesusahan yang tidak patut kepada mana-mana binatang liar atau burung liar,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Seksyen ini tidak dipakai bagi mana-mana orang yang melukakan mana-mana binatang liar atau burung liar dalam masa menembak, membunuh atau mengambilnya dengan sah di bawah dan tertakluk kepada Akta ini.

93. Jika seseorang telah didapati salah atas sesuatu kesalahan di bawah Seksyen 97 (jika kesalahan itu berhubungan dengan Seksyen 14), mahkamah boleh selain daripada mengenakan apa-apa penalti atau sebagai ganti apa-apa penalti memerintahkan -

(a) supaya orang itu dilarang menempatkan, mengurung atau membiakkan mana-mana binatang liar yang diperlindungi atau burung liar yang diperlindungi bagi selama tempoh tidak melebihi lima tahun mulai dari tarikh perintah itu; dan

(b) supaya apa-apa perbelanjaan yang dilakukan termasuk belanja rawatan doktor haiwan dan belanja mengangkut, memberi makan, mengurung atau menanam binatang liar atau burung liar itu ditanggung oleh orang itu.

94. Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dalam Seksyen 56, tiap-tiap orang yang meluka atau membangkitkan kemarahan mana-mana binatang liar dengan tujuan mempergunakan kecualian yang diberi oleh Seksyen 56 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

95. Jika mana-mana orang selain daripada -

(a) (I) anggota angkatan tentera;

(ii) anggota angkatan tentera pelawat (sebagaimana ditakrifkan
dalam Akta Angkatan Tentera Pelawat 1960); atau

(iii) pegawai-pegawai polis,

yang bertindak dalam masa menjalankan tugas-tugas rasmi mereka; atau

(b) pegawai-pegawai,

membawa apa-apa senjata api, sumpitan, panah dan anak panah atau lembing dalam sesuatu tempat perlindungan hidupan liar dia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahn lain), didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

96. Jika mana-mana orang selain daripada -

(a) (I) anggota angkatan tentera;

(ii) anggota angkatan tentera pelawat (sebagaimana ditakrifkan
dalam Akta Angkatan Tentera Pelawat 1960); atau

(iii) pegawai-pegawai polis,

yang bertindak dalam masa menjalankan tugas-tugas rasmi mereka; atau

(b) pegawai-pegawai, atau

(c) pemburu berlesen yang dibenarkan memasuki sesuatu rizab hidupan liar,

membawa apa-apa senjata api, sumpitan, panah dan anak panah atau lembing dalam sesuatu rizab hidupan liar dia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

97. Tiap-tiap orang yang melanggar -

(a) peruntukan-peruntukan Akta ini;

(b) mana-mana perintah yang dibuat oleh Majistret atau Menteri menurut Akta ini;

(c) apa-apa arahan yang diberi oleh Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara menurut Akta ini;

(d) peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(e) syarat-syarat atau kehendak-kehendak yang ditetapkan dalam lesennya, atau permit khasnya,

jika tiada apa-apa penalti diperuntukkan, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan (selain daripada apa-apa penalti lain yang diperuntukkan bagi apa-apa kesalahan lain), didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

98. Tiap-tiap orang yang bersubahat atau cuba melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti yang sama seperti penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan utama.

BAHAGIAN VII

AM

99. (1) Jika Mahkamah mendapati pekongsi sesuatu firma telah melakukan suatu
kesalahan di bawah Akta ini, firma itu adalah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu dan Mahkamah boleh, selain daripada menghukum pekongsinya, menghukum firma itu membayar denda yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

(2) Bagi maksud Seksyen ini "firma" ertinya sesuatu firma peniaga atau pengawet binatang yang didaftar di Malaysia di bawah peruntukkan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia berhubungan dengan pendaftaran perniagaan.

100. Tiap-tiap orang yang -

(a) mengetahui atau ada sebab mengesyaki bahawa pekerja atau ejennya sedang cuba melakukan sesuatu kesalahan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan dan tidak mengambil langkah-langkah awasan yang munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan itu; atau

(b) mengetahui atau ada sebab mengesyaki sesuatu kesalahan telah dilakukan oleh pekerja aatu ejennya dan tidak melaporkan berlakunya kesalahan itu atau perihal syaknya itu kepada seorang pegawai atau mana-mana pegawai polis,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan setengah daripada penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

101. Jika -

(a) mana-mana laporan atau pengaduan berkenaan dengan apa-apa perkara berhubungan dengan Akta ini dibuat;

(b) mana-mana maklumat berkenaan dengan apa-apa perkara berhubungan dengan Akta ini disampaikan; atau

(c) mana-mana binatang liar atau burung liar yang hidup atau mati atau mana-mana bahagiannya diserahkan,

kepada mana-mana pegawai polis, pegawai daerah atau pegawai kastam, dia hendaklah memberitahu perkara itu kepada mana-mana pegawai tanpa kelengahan yang tidak sepatutnya.

102. Mana-mana orang yang melukakan seseekor binatang liar yang merbahaya hendaklah
tanpa kelengahan yang tidak sepatutnya membuat suatu laporan (dalam Seksyen ini disebut sebagai "laporan bahaya") kepada -

(1) (a) mana-mana pegawai
(b) mana-mana pegawai polis; atau
(c) pegawai daerah bagi daerah di mana binatang liar yang merbahaya itu telah dilukakan,

dan pegawai itu hendaklah dengan serta-merta menuliskan laporan bahaya itu.

(2) Bagi maksud Seksyen ini "binatang liar yang merbahaya" ertinya gajah, seladang, beruang, harimau, harimau bintang, harimau kumbang, badak dan apa-apa binatang liar yang lain yang menjadi bahaya serta-merta terhadap nyawa manusia menurut Seksyen 56.

(3) Laporan bahaya itu hendaklah menyebutkan binatang liar yang merbahaya itu, masa, tarikh, dan tempat ia telah dilukakan, dan senjata yang telah melukakannya itu.

(4) Jika orang yang melukakan binatang liar yang merbahaya itu tidak dapat membuat laporan disebabkan oleh luka parah, dia hendaklah meminta seseorang lain untuk membuat laporan sebagaimana yang ditetapkan oleh Seksyen ini sebaik sahaja dia mendapat peluang yang munasabah.

103. Mana-mana binatang liar atau burung liar atau mana-mana bahagiannya -

(a) yang ditembak, dibunuh atau diambil menurut Seksyen 53, 55 atau 56 atau dengan melanggar peruntukan-peruntukan Akta ini; atau

(b) yang bangkainya yang belum dituntut dijumpai di mana-mana tanah Kerajaan atau hutan rizab atau atas mana-mana tanah lain,

boleh dijual atau dengan secara lain dilepaskan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

104. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, membuat peraturan-peraturan bagi
melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini dan tanpa menghadkan keluasan makna peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas, khususnya, boleh membuat peraturan-peraturan -

(a) bagi menyebarkan maklumat mengenai binatang-binatang liar atau burung-burung liar termasuk tabiat pembiakannya, habitat, jenis serta cara dan jalan untuk menolong memeliharanya;

(b) berkenaan dengan pendaftaran terofi;

(c) bagi menentukan syarat-syarat yang dibawahnya lesen, permit dan permit khas boleh diberi di bawah Akta ini;

(d) bagi menyelenggara rizab-rizab hidupan liar dan tempat-tempat perlindungan hidupan liar dalam keadaan baik dan sepatutnya;

(e) bagi menentukan syarat-syarat yang dibawahnya binatang-binatang liar yang diperlindungi atau burung-burung liar yang diperlindungi boleh ditempatkan, dikurung dan dibiakkan oleh orang-orang yang diberi lesen untuk berbuat demikian;

(f) bagi segala hal atau perkara yang perlu atau mustahak ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.

105. Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara boleh dari semasa ke
semasa menetapkan borang untuk digunakan berkenaan dengan permit khas dan kad-kad kuasa.

106. Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual-Jadual
kepada Akta ini.

   

 

 

Updated:
4 July 2016


To Contact me :
Phone: 6013 2627 245
Fax: n.a
Email: info@pet-cockatiel.com

Design by: Tanin Eh Boon. All rights reserved.
November 2003