Nie ayam ape? Saiz A or B?

The small and beautiful Chicken... The Serama.
User avatar
Amer
Talking Birds
Posts: 151
Joined: Sun May 07, 2006 3:34 am
Location: Batu 6, Kuala Terengganu, Terengganu
Location: Terengganu
Contact:

Re: Nie ayam ape? Saiz A or B?

Postby Amer » Mon Sep 29, 2008 2:20 pm

Sorry Azfar lambat balas...kebelakangan ni jarang sikit main internet....sibuk buat persiapan untuk anak-anak nak berhari raya....

Agak - agak brape anggaran rega aym tina tersebut?
Blh budget duit dulu..hehe


Saya dah tanya member-member, tapi mereka juga tiada induk betina yang berwarna putih keseluhan tubuh...saya rasa benda ni berlaku kerana mengikut pertandingan markah untuk warna putih kurang berbanding warna kuning, merah dan hitam ara, jadi kami breeder-breeder hanya cuba menghasilkan warna-warna yang mempunyai markah yang tinggi sahaja...tapi u tak usah takut..kalau jantan tu warna putih u kacukkan dengan induk betina warna kuning u akan dapat anak-anak yang berwarna putih juga nanti.

18/10 En Amer turun tanding ke?
Kalau takde aral melintang...saye pun nak turun gak...saje nak tgk pertandingan.


18/10 ni memang saya akan keluar bertanding....dekat aje tu di Kota Bharu...jauh lagi pun saya pergi seperti Kedah, KL dan Melaka hari tu.

Emm...smlm ade betina sekor mati.
Dia berak kluar lendir jernih n berdarah. Aym tue lemah tak bermaya langsung.
Sejam lepas tue terus mati.
En Amer tahu, ape penyakitnya? Ade care nak ubat ke?


Penyakit tu saya tak berapa pasti...tapi kalau ikut apa yang u tulis...saya rasa masalah dengan saluran telur tersumbat ni...biasanya masalah ni berlaku kepada ayam serama yang belum begitu matang tetapi terpaksa bertelur...ni kes ayam bawah umur dirogol ni....di sini saya nak bagi satu tip kepada u dan semua member-member MBF ni....untuk mengelakkan kejadian telur gorek ( kecil ), lembek ( telur penyu ) dan salur tersumbat...kita kena mula daripada awal lagi iaitu sebelum ayam tersebut mula bertelur....tipnya ialah jangan bagi jantan kepada muda betina...biar ia bertelur sendiri seperti ayam telur....serama ni kalau dia dah matang pasti bertelur punya....jadi kalau dah bertelur tu menunjukkan dia betul-betul matang....ulangi langkah ni untuk kali kedua....bertelur..mengeram...bertelur...mengeram nak masuk kali ketiga baru le bagi jantan...baru le masalah telur rosak dapat di atasi...jangan difikir tentang pembaziran telur-telur tersebut...fikir tentang induk tersebut yang u nak pakai lama...

Kemungkin kedua pula saya rasa....ayam tu terlalu kerap bertelur, selalunya berlaku kepada induk yang hanya pandai bertelur dan tak pandai mengeram, sepatutnya kita kena rehatkan ayam-ayam ni....jangan bagi di bertelur berterusan..rosak salur telur tu...

kemungkinan ketiga pula mungkin ayam tu tak sihat atau sakit sewaktu sedang bertelur...jadi baki telur ayam terkandung di dalam badannya dia tak ada tenaga untuk menerannya keluar....sebenarnya u boleh bantu ayam tersebut....contohnya manusia masa nak melahirkan bayi ..kita gunakan air/minyak selusuh untuk melicinkan proses melahirkan anak....ayam yang bermasalah begini saya pernah cuba dengan cara sapukan minyak masak diduburnya kamudian tekan/urut pelahan-lahan sampai telur yang tersumbat tu keluar, kaedah ni u guna pakai bilamana telah lebih 5 hari ayam tu belum bertelur lagi selepas telur yang terakhir...kalau setakat dua atau tiga hari lewat tu kira normal le untuk ayam serama...

tapi tu semua andaian dan tekaan saya sahaja...ayam u sebenarnya mati sebab apa..saya sendiri pun tak tahu...heh..heh...heh....mati bulan puasa ni ada hikmah tu...heh..heh..heh

User avatar
ixOra_nuruddin
Hatchling
Posts: 19
Joined: Thu Jan 08, 2009 1:45 am
Location: Ampang,selangor

Re: Nie ayam ape? Saiz A or B?

Postby ixOra_nuruddin » Tue Jan 13, 2009 4:54 am

salam..saya masih baru d sini..maaf mngganggu..
tuk enck Azfar, sekiranya berminat utk mndapatkan ayam serama tak kirala kaler apapon
boleh lah dtg ke gerai kami d Central market KL setiap sabtu ahad..
kami ada mnjual ayam serama terutamanya anak ayam berusia 2-4 bulan...

berkenaan ayam encik..kita kene tengok simptom2 yg lain juga..seperti keadaan b4 ayam mati..pasif atau aktif..
makan ke idak n lain2..

tp spt yg saya katakan..sy masih lagi baru dlm serama
SERAMA Corporation Sdn. Bhd.
11-2, Blok B,
Jln Selaman 1, Dataran Palma
68000 Ampang, Selangor
Fon : 03 42707181
Fax : 03 42707191
email : seramacorporation@gmail.com

User avatar
Amer
Talking Birds
Posts: 151
Joined: Sun May 07, 2006 3:34 am
Location: Batu 6, Kuala Terengganu, Terengganu
Location: Terengganu
Contact:

Re: Nie ayam ape? Saiz A or B?

Postby Amer » Tue Jan 13, 2009 2:38 pm

Selamat datang ixOra_nuruddin ke Malaysia Bird Forum .....Serana Corp. bukan nama kecil dalam dunia serama ... walaupun ianya baru ... tetapi kemunculannya telah mengegarkan arena serama akhir-akhir ini .... tahniah kerana serama corp. berkeyakinan tinggi untuk membawa serama kemercu dunia ... saya tabik serama corp. dalam soal ini. Abang Fauzi tu siapa ... ayah atau abang u .... saya dah bersembang dengan dia mengenai cita-citanya untuk mengangkat martabat serama semula setelah serama mengharungi zaman kegelapan 2002 hingga 2005. :wink:

User avatar
ixOra_nuruddin
Hatchling
Posts: 19
Joined: Thu Jan 08, 2009 1:45 am
Location: Ampang,selangor

Re: Nie ayam ape? Saiz A or B?

Postby ixOra_nuruddin » Wed Jan 14, 2009 3:54 am

semestinya en fauzi tu boss gue..kih3x..
saya pon bru je dlm arena ayam serama..sbb dulu muda2 msa belajar..tahu pasal ayam pedaging n penelur..tak sgka pulak ad pihak yg begitu komited psal ayam serama ni..
apapun byk juga yg dah d pelajari dr ayam serama ni wlupon tak expert sgt..skrg dlm usaha nk buat research dengan UPM bout serama..insya ALLAH dgn Dr Azhar (bekas presiden serama johor dulu)..
apapun keep in touch sbb kami ada byk aktiviti melibatkan peminat n ayam serama nnti..
SERAMA Corporation Sdn. Bhd.
11-2, Blok B,
Jln Selaman 1, Dataran Palma
68000 Ampang, Selangor
Fon : 03 42707181
Fax : 03 42707191
email : seramacorporation@gmail.com


Return to “Serama”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest