[news] Demam arnab: Kerajaan berjaga-jaga

Zoonotic Diseases are diseases caused by infectious agents that can be transmitted between (or are shared by) animals and humans.

Moderator: Ali Anwar

User avatar
Tanin
Site Admin
Posts: 6294
Joined: Wed Mar 30, 2005 9:41 am
Location: Malaysia
Location: Rawang, Selangor, Malaysia
Contact:

[news] Demam arnab: Kerajaan berjaga-jaga

Postby Tanin » Tue Apr 08, 2008 11:45 pm

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
Utusan Malaysia, 21 Mac 2008

KUALA LUMPUR 20 Mac – Kementerian Kesihatan akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengatasi penyakit berbahaya iaitu demam arnab atau tularemia yang telah menyebabkan kematian seorang wanita di Bangkok, Thailand.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, secara amnya penyakit yang berkaitan dengan haiwan tidak boleh berjangkit kepada manusia.

‘‘Ia dipanggil ‘Zoonitic’ iaitu hanya berjangkit dalam kelompok spesies haiwan terbabit sahaja dan haiwan-haiwan yang tertentu,

‘‘Bagaimanapun, ada kalanya ia boleh berjangkit kepada manusia tetapi itu di luar jangkaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Thailand mencatatkan rekod pertama kematian akibat demam arnab apabila seorang wanita berusia 37 tahun mati selepas dijangkiti simptom seperti selesema.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Berjangkit di Bangkok, Thawat Suntrajan, penyakit berbahaya itu boleh mendatangkan maut sekiranya tidak dirawat dengan cepat.

Abdul Latiff berkata, penyakit berjangkit itu boleh berlaku di mana-mana sahaja dan hanya berkemungkinan besar boleh menjangkit kepada manusia.


Sebagai contoh jelasnya, virus selesema burung juga pada awalnya tidak boleh berjangkit dengan manusia tetapi akhirnya wabak itu mula tersebar di beberapa negara di asia.

‘‘Oleh itu kita di sini akan bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja kebarangkalian seperti sebelum ini iaitu virus burung dan ayam,” jelasnya.

Demam arnab merupakan bakteria yang berjangkit kepada haiwan dan ada kalanya manusia. Arnab adalah haiwan yang mudah dijangkiti bakteria, bagaimanapun wabak ini jarang berlaku.

Wabak itu lebih mudah dijangkiti oleh orang dewasa terutama pada musim sejuk, manakala bagi kanak-kanak pula senang diserang pada musim panas.

Banyak cara manusia boleh dijangkiti bakteria itu apabila kulit seseorang itu terkena darah atau tisu haiwan yang telah dijangkiti virus serta dengan memakan daging haiwan berkenaan.

Cara lain pula melalui air dan meyedut udara yang telah tercemar, namun bakteria tersebut tidak akan dijangkiti melalui manusia.

Antara tanda awal pesakit dijangkiti bakteria tersebut ialah sakit tekak, sengal-sengal badan, cirit-birit dan muntah-muntah
Best Regards,
Tanin

Now you can share any posting that you like to FBook!
Image


For more more detail on how to share, please visit:
viewtopic.php?f=54&t=11885

Return to “Zoonotic Diseases”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest