Burung Api-Api

Discuss about the site for bird watching. It can be within Malaysia or anywhere in the world

Moderator: toucan

Klon
Wise Owl
Posts: 284
Joined: Thu Jan 18, 2007 3:08 am
Location: Selangor

Burung Api-Api

Postby Klon » Mon Mar 30, 2009 7:24 am

Image

Kepada sahabat sekalian……..……..

apa nama melayu brg ini n makanan n bunyi pulak camner …..Mungkinlan spesies Scarlet Minivet

Tq di atas bantuan
Wan

Klon
Wise Owl
Posts: 284
Joined: Thu Jan 18, 2007 3:08 am
Location: Selangor

Re: Burung Api-Api

Postby Klon » Mon Mar 30, 2009 7:44 am

BETOI KA YG NIE

MAS BELUKAR
Scarlet Minivet
FAMILI: Campephagidae
NAMA SAINTIFIK: Pericrocotus flammeus
CIRI-CIRI: Spesies ini biasanya ditemui secara berkumpulan dan mencari makan dalam
kumpulan yang terdiri daripada pelbagai spesies. Individu jantan dewasa bagi subspesies
P.f.semiruber mempunyai saiz yang agak besar, paruh yang lebih besar dan
ekor yang lebih pendek berbanding Long-tailed Minivet, Pericrocotus ethologus dan
Mas Ekor Pendek, Pericrocotus brevirostris, serta mempunyai warna merah yang lebih
terang. Pada bulu tertier dan sekunder bahagian sayap, terdapat bahagian yang
berwarna merah. Bahagian tepi ekor pula biasanya berwarna merah. Selain daripada
itu, terdapat sub-spesies P.f.elegans yang boleh ditemui di utara Myanmar dan utara
Indochina, P.f.flammifer yang terdapat di barat dan selatan Thailand serta timur dan
timur laut Semenanjung Malaysia dan P.f.xanthogaster yang terdapat di barat dan
selatan Semenanjung Malaysia. Individu betina pula berbeza daripada spesies lain
melalui saiz, bentuk, warna kuning pada dahi,bahagian belakang kepala dan
belakang bahu berwarna kelabu, tekak dan bahagian bawah badan berwarna
kuning terang dan warna kuning pada bulu sayap sekunder serta tertier. Individu juvenil
pula hampir sama seperti Long-tailed Minivet, P.ethologus, dan Mas Ekor Pendek,
P.brevirostris, tetapi bahagian bawah badannya lebih kuning. Panjang keseluruhan
bagi individu dewasa adalah di antara 17 hingga 21 sm.
MAKANAN: Dietnya terdiri daripada serangga dan buah-buahan.
HABITAT: Habitat yang sesuai bagi spesies ini ialah di hutan malar hijau, separa malar
hijau, hutan daun luruh dan hutan paya gambut sehingga ketinggian 1, 700 m dari aras
laut. Di Malaysia, ia boleh ditemui di bawah 915 m dari aras laut.
BUNYI: Spesies ini mengeluarkan bunyi sweep-sweeep-sweeep… dan weeep-weeepweeep-
wit-wip… yang kuat dan nyaring.
PEMBIAKAN: Musim pembiakan bagi spesies ini adalah di antara bulan Jun hingga
Julai. Individu betina boleh menghasilkan dua hingga tiga biji telur berwarna hijau
pudar atau hijau pudar dengan bintik biru pudar dan coklat gelap.
STATUS: Akta 76/72, diperlindungi sepenuhnya.
Wan

toucan
Bird Watcher
Bird Watcher
Posts: 430
Joined: Tue Feb 13, 2007 7:27 am

Re: Burung Api-Api

Postby toucan » Mon Mar 30, 2009 12:39 pm

gambar ni tak jelas, banyak ciri-ciri tidak dapat dinampak, susah nak confirm, ada gambar dari sudut lain? terutamanya yang dapat nampak muka and belakang.


regards
Toucan

Klon
Wise Owl
Posts: 284
Joined: Thu Jan 18, 2007 3:08 am
Location: Selangor

Re: Burung Api-Api

Postby Klon » Tue Mar 31, 2009 1:12 am

Bro toucan..

Sory pasal gambar coz nie lah satu2 nya gambar yg ada........................
Wan

User avatar
zamri
Wise Owl
Posts: 823
Joined: Sun Jul 19, 2009 11:21 am
Location: Whitesand, Ke Rai Estuary

Re: Burung Api-Api

Postby zamri » Mon Feb 22, 2010 9:14 am

salam 1Malaysia untuksemua.nak tanya pasa burung api-api (mas belukar) cam no nak kenaljantan atau betina nyer.ada yang menyatakan kalau masih muda....warna merah kat dada tak akan keluar keluar lagi...sehinggalah tua.sebabnya ada yang menyatakan yang kuning dada ialah burung betina tak kira anak muda @ tidak
"NO WOMEN NO CRY'...I SHOOT THE SHERIFF"
selising@gmail.com

fadzilul
Egg
Posts: 1
Joined: Tue Oct 19, 2010 4:59 am
Location: butterworth

Re: Burung Api-Api

Postby fadzilul » Tue Oct 19, 2010 5:27 am

salam..
minggu lepas ada p umah sedara..
ada tgk n ambil gmbar burung api2 ni..
nak upload x bleh...
ada sapa2 nak tengok sy emailkan..
tq kwn2..


Return to “Bird Watching Site”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest