[NEWS] Padah Hobi Pelik Bela Harimau

A collection of news from the Malaysian/other papers which touch about bird.

Moderator: Moderator

User avatar
Tanin
Site Admin
Posts: 6170
Joined: Wed Mar 30, 2005 9:41 am
Location: Malaysia
Location: Rawang, Selangor, Malaysia
Contact:

[NEWS] Padah Hobi Pelik Bela Harimau

Postby Tanin » Thu Dec 01, 2016 2:09 am

KAJANG – Hobi pelik seorang jurutera lulusan Universiti Arizona, Amerika Syarikat (AS) yang membela seekor harimau be­lang betina di kediamannya di Hulu Langat akhirnya memakan diri apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh Mohd. Taha Abd. Wahab, 50, didakwa di bawah Seksyen 70(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memper­untukkan hukuman denda tidak lebih RM500,000 dan penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Difahamkan tertuduh tidak sempat memberi nama manja untuk harimau belang berusia enam bulan itu kerana baru sahaja membelanya tiga minggu lalu.

Harimau itu dibeli pada harga RM18,000 daripada seorang individu tempatan.

Selain tuduhan tersebut, Mohd. Taha yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda bidang sama di Universiti Arizona turut berdepan lapan lagi tuduhan kerana membela sembilan ekor haiwan liar lain di rumah banglo­nya.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.


source: http://kosmo.com.my/
Best Regards,
Tanin

Now you can share any posting that you like to FBook!
Image


For more more detail on how to share, please visit:
viewtopic.php?f=54&t=11885

Return to “Birds In the News”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest