Kisah Benar - Adegan-adegan menangkap Merbok

Section in Malays language for discussing about the merbok pikat...
User avatar
dance4rain
The Great Eagle
Posts: 3238
Joined: Tue Aug 08, 2006 3:53 pm
Location: Melaka
Contact:

Kisah Benar - Adegan-adegan menangkap Merbok

Postby dance4rain » Tue Oct 07, 2008 1:31 pm

OK. Ini pulak sebenarnya bukan idea saya. Bro JJ yang "suggest" buka thread baru cerita pengalaman menangkap Merbok. Harap saudara yang lain jangan segan-segan cerita kat sini.
Alright - tanpa membuang masa lagi kita mulakan cerita-cerita benar :lol:
Image

User avatar
dance4rain
The Great Eagle
Posts: 3238
Joined: Tue Aug 08, 2006 3:53 pm
Location: Melaka
Contact:

Re: Kisah Benar - Adegan-adegan menangkap Merbok

Postby dance4rain » Tue Oct 07, 2008 1:52 pm

Saya tengah train merbok pikat. Sudah 3 atau 4 hari berturut-turut saya letak Merbok saya dalam jebak dan digantung kat halaman rumah saya. Di dalam jebak ada kambu dan air je. Sebelah petang saya "transfer" (maaf Bahasa Malaysia saya terhad sikit, jadi kena insert sikit-sikit Bahasa Org Puteh) ke sangkar biasa. Di sana ada padi dan tanah hitam untuk ada variasi makanan sikit. Oh! lupa cakap - sebelum masuk jebak akan saya suap kacang hijau yang direndam 5 biji (untuk kesihatan juga) :oops: Org S'pore cakap "kiasu" (takut kalah) :lol: :lol: :lol:

Repot hari ini:

Seperti biasa pagi ni, selepas disuap 5 biji kacang hijau, saya masukkan merbok - Si Gelang Biru dalam jebak dan gantung.
Burung ni sudah memang bunyi di dalam sangkar dan juga jebak (hampir seminggu training dah).
Petang tadi bila saya balik, ternampak jebak sudah turun tapi burung satu bayang pun tak ada. Bila saya jalan dekat sikit, ternampaklah kesan-kesan burung terlepas, bulu-bulu tertinggal dalam jebak.

Eh! gembira sudah saya. Dalam hati cakap, pikat sudah bole pakai. Dapat bunuh satu hari ni - muahahahaha! (ketawa macam lanun terjumpa peti emas)

Image

bersambung......
Image

User avatar
dance4rain
The Great Eagle
Posts: 3238
Joined: Tue Aug 08, 2006 3:53 pm
Location: Melaka
Contact:

Re: Kisah Benar - Adegan-adegan menangkap Merbok

Postby dance4rain » Tue Oct 07, 2008 4:38 pm

Kerana lah tak bole tidur, biar saya sambung cerita......

Dalam lah kegembiraan dengan pengetahuan bahawa Merbok pikat sudah mungkin bole jadi, saya terperanjat apabila nampak Si Gelang Hijau (Merbok Kg yang saya lepas) duduk dalam sangkar layang Tekukur pikat saya.

Image

Ceh! potong stim saja! :oops:
Kerana mungkin Si Gelang Hijau lah yang terperangkap tadi.
Image

User avatar
dance4rain
The Great Eagle
Posts: 3238
Joined: Tue Aug 08, 2006 3:53 pm
Location: Melaka
Contact:

Re: Kisah Benar - Adegan-adegan menangkap Merbok

Postby dance4rain » Tue Oct 07, 2008 4:52 pm

Ada satu adegan yang saya miss tadi. Dimana Tekukur pikat saya angguk pada Si Gelang Hijau dan dia buat tak tahu saja.
Bila saya ambik perakam video saya, aksi sudah berhenti. Ini saja yang dapat.

Image

Kesian juga Si Gelang Hijau ni mungkin tak tahu cari makan kat luar dah. So, setelah berbincang dengan JJ (over the phone), saya bercadang nak tangkap balik Si Gelang Hijau dan bela saja lah mana tau setelah Si Gelang Biru (my Merbok Pikat la) sudah buat Merbok liar disenaraikan dalam senarai burung terancam (hampir pupus), Si Gelang Hijau pula terus buat Merbok Liar pupus dari alam :twisted: :twisted: :twisted:

Sukacita melapurkan bahawa, malam tadi, Si Gelang Hijau telah selamat ditangkap oleh saya setelah memadamkan lampu dan tangkap dengan jala ikan.

Sekian cerita kali ni. Harap ada lagi "happening" yang bole saya ceritakan kemudian dalam episode akan datang Kisah Benar.

p.s. eh! comment la sikit-sikit biar "interesting" dan jangan lupa kalian punya cerita - mesti ada punya (saya baru 2 minggu main Merbok sudah banyak cerita, yang 20 tahun main Merbok tak kan takda pulak)
:lol: :lol: :lol:
Image

tuansaiful
Hatchling
Posts: 7
Joined: Fri Sep 26, 2008 3:20 pm

Re: Kisah Benar - Adegan-adegan menangkap Merbok

Postby tuansaiful » Tue Oct 07, 2008 5:52 pm

ayoyo d4r .. baru 2 minggu main merbuk dah ada macam2 cerita aarrrr..bagus..bagus .. main merbuk ni tak sama ngan kukor ,, merbuk ni susah nak ajor jadi pikat.. biasanya org beli ajer yg dah siap disekolahkan ..hehehe.. kalo nak latih sendiri tu nak kena banyak bersabau sebab aku pernah berjiran ngan org main pikat ni.. Dah tak tahan geram ngan burung sebab tak makan diajor, dia benamkan ke dalam longkang..habis terlentuk kepala burung hidung berbuih masuk air..ishk!ishk!ishk! .. (aku harap ko bkn dari golongan yang macam ni :lol: ) .. hehehee sori arrr..

User avatar
KEDAHmaju
Moderator
Moderator
Posts: 1161
Joined: Tue Mar 18, 2008 9:34 am
Location: KEDAH
Location: alor setar, kedah darul aman, malaysia
Contact:

Re: Kisah Benar - Adegan-adegan menangkap Merbok

Postby KEDAHmaju » Wed Oct 08, 2008 12:32 am

Dance4Rain

kau sudah membuatkan aku marah! :twisted: hahaha, sebab apa..? sebab kau sudah main kukur dan merbok! :mrgreen:
aku tengok, kau memang minat la pikat merbok nih..
itu gelang biru yg kau lepaskan tuh, kau jgn lupa train sama.. sbb aku ada cerita pasal burung kita lepaskan, kemudian jadi pikat! kemudian saja aku ceritakan..

kalo jebak kau sudah bidas, makna kata jebak kau memang membunuh! BH xceleh..
main merbok nih ada dua, pikat n jebak mau bagus! kekadang denak bagus dah, tp jebak kurang ciri² penyamaran aka sifat utk BH singgah di renggap! itu kau kena tnya mr JJ la.. nnt dia cerita sama kau.. :wink:

p/s: denak kukur kau berapa ratus..? banyak garang la kalo anggok aka menguku kepada burung lain


Return to “Merbok Pikat”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest