MJ ( Tips and Panduan)

Malays language section for the Bulbul ;)
User avatar
mustaffaaziz8
Weaning Bird
Posts: 28
Joined: Wed Mar 07, 2007 2:22 pm

Re: MJ ( Tips and Panduan)

Postby mustaffaaziz8 » Sat Jan 24, 2015 11:01 am

As salam semua.

Best baca topic ni. Saya baru nak mula mj ni. Terima kasih kerana sudi share info dan pengalaman.

:) Mus

User avatar
Tanin
Site Admin
Posts: 6167
Joined: Wed Mar 30, 2005 9:41 am
Location: Malaysia
Location: Rawang, Selangor, Malaysia
Contact:

Re: MJ ( Tips and Panduan)

Postby Tanin » Thu Jan 29, 2015 7:10 am

mustaffaaziz8 wrote:As salam semua.

Best baca topic ni. Saya baru nak mula mj ni. Terima kasih kerana sudi share info dan pengalaman.

:) Mus

:)
Best Regards,
Tanin

Now you can share any posting that you like to FBook!
Image


For more more detail on how to share, please visit:
viewtopic.php?f=54&t=11885

SMIB WERKZ PLT
Egg
Posts: 1
Joined: Tue May 05, 2015 12:28 pm
Location: Jalan nip 2/5 , Nusa Cermelang, Gelang Patah 81550

Re: MJ ( Tips and Panduan)

Postby SMIB WERKZ PLT » Thu Apr 14, 2016 2:12 am

:goodpost:
nawuzi wrote:Salam 1 malaysia..

just nk share maklumat / info yang ada dlam topik MJ nie,, .
bagi yang baru kenal MJ mungkin susah nk baca semua topik dan dapt info yang kita nk,,
terima kasih kepada otai otai MJ yang sudi memberi info and maklumat yang sangat berguna..so teman jadikan 1 topik
teman baru nk blajo mengenai MJ nie. Mj teman pun bunyi cm nk xnak jer.

Harga MJ
??? bergatung pada
- lokasi di jual
- permainan(bunyi,gaya) + dah jadi ke belum...
- baka(ijok,sg ular, bukit kelian etc)
- budi bicara penjual n pembeli.


Pemilihan MJ
1.Tua/muda
-Kalau dah bersisik adalah burung dah tua
-sisik d kakinya, tebal+brsegi+warna keemasan pekat, seterusnya serba sdikit mgganggu prgerakan mj jika sisik trsebut trlalu tebal....pd sisik juga menandakan ia sdh berumur/tua

2.jantan/betina
-Nak bezakan antara yang betina dengan yang jantan tu agak sukar juga. petuanya pertama cuba dekatkan dua ekor burung yang berlainan dan cuba tengok burung tu MELABI atau tidak. Kalau ia melabi tandanya burung jantan.
-Kedua, berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kalau burung betina satu jenis bunyi aje yang dihasilkan. Hari-hari bunyi yang sama jer tak tukar-tukar bunyi. Tu tandanya burung betina. Burung betina tak banyak bunyi bukan macam manusia pompuan banyak bunyi.
-cara nak kenal burung betina atau jantan; mula2 tiup kat bahagian 'sepit udangnya', kalau nampak mengemut ngemut tu maknanya betina. manakala kalau diam je tu maknanya jantan


3.Kira ekor
-Ada 10 , 11, 12
-kalau nak brg ekor pendek..kena body panjang!baru cantik.
tapi,kalau dpt ekor pendek. body pun pendek..brg jenis ni nak bunyi ikut mood..body L or XL .kalau nk bela kat rumah boleh, brg garang ..siap kepak+kekek, tapi permainan tak tentu...rasanyalah


4.Badan
-Kepala Biar Besor Dengan Tolak Jambul Tak Berapa Panjang,Bentuk Badan Biar Tegap Dan Keras, Kalung Perlu Selari Dan Balance & Terahkir,Cari Ekor Yang Keras Lagi Pendek
-Jambol yang baik mempunyai bentuk badan yang tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus. Badannya sedap mata memandang. Kalau terlalu kurus burung mudah hilang stamina bila berlaga dan kalau terlalu gemuk burung malas untuk berbunyi. Bentuk badannya semasa berbunyi atau ketika marah mendongak keatas dan lebih kurang 45 darjah. Kebanyakan burung jambol jenis begini agak kurang dan kebiasaanya kebanyakan burung mendongak kurang daripada 45 darjah.
-jambul panjang+body panjang+ekor panjang+muncung jgk agak panjang,+gaya duduk mau kangkang dia punya kaki, x mau tegak,
x mau yg bercampur2 dlm 1 ekor,,, body pendek tp ekor panjang,,,


5.Kaki
-satu kretiria yg dikehendaki.kaki kangkang 2 bukan apa selalu kaki kangkang ni ekor dia cawat.maksud cawat plak(ekor dia kepak masuk ke dalam)bila burung tengah game

6.Jambul
-Jambul tunduk depan - jenis kabung/jambul mati (time terkejut, menekan jambul xmengolah-statik jer)..biasa jenis pucuk nanas.kalau jenis MJ bentuk C (mj mainan cepat) atas anggar nk cantik pilih yg jambul ke depan nampak cantik kalau mj menekan/gulung+ air suara kasar+body M, arang tebal. bontt merah etc. (comp set).
-jambul jenis hidup..yg biasa jatuh time mkn pisang/betik..tp time melawn baru keluar tanduk..tanda nk melawan.cuma tgk kurg segak..biasa kejantanan simpan dulu, tak menunjuk.bila hadap MJ lain bru tekan

7.Suara
-Gulung tu maknanya lagu yang panjang berlapis, kekek tu bunyi yang dikeluarkan MJ bila cukup form dan marah, dan air suara tu bunyi suara burung berdengung.
-Burung jambol yang baik tidak akan berbunyi pretttt, prettt, tekliiii. tekliii. Burung yang baik akan terus berbunyi nyaring iaitu bunyi memanggil kawan2nya yang lain. Kenyaringan dan kejelasan suaranya boleh kedengaran beberapa puluh meter daripada tempat kita berada. Ini penting sebagai pikat kerana burung liar akan mendengar dengan jelas bunyi yang dihasilkan. Kenyaringan bunyi jambul adalah disebabkan oleh peniruan bunyi yang biasa didengar dipersekitarannya. Sekiranya burung tersebut berada dalam kawasan yang kesemunya berbunyi sengau atau tidak nyaring, ia akan terikut2 dengan bunyi tersebut. Seringkali, jambol akan berbunyi seperti merbah kapur kerana teman2nya terdiri daripada merbah kapur dan ia sering berlaku pada kebanyakan jambol

Penjagaan MJ
1.Meluruh
-Selagi bulu burung x btl2 masak.. jgn jemur lg.. nnt dia akan luruh balik. kena perhatikan kat atas blakang mj tu.. bila bulu dia dah naik mcm debu,,bulu2 halus dah terbukak habis.. baru blh jemur.. kasi tahan panas...
-kurangkan bagi dedak bykkan makan buah and mandikan dlm ujan.
-time meluruh eloknya bagi betik or tomato atau...jgn bagi pisang...bila dah siap..bro bagi pisang balik biar form dia naik balik.......
-simpan kat tempat2 yg MJ sorang2 dok &kurang - bagi mkn, minum, air mandi secukupnya, -- mcm tu lah selama 3 bulan seelok-elok nya
-kalo salin bulu.. Mj dimandikan tp jgn jermur di tempat panas..mj 2 sakit....jmur tmpt redup2 sudah


2.Mata Berair
-bykkn mdi,klu blh hari2 bg mandi dan bg buah,dedak stop dulu,

3.sangkar bersemut
-gunakan/sapu gris
-gunakan/sapu minyak masak
-gunakan kain yang disapu minyak diesel
-sewing machine oil

4.Hilang suara/serak
-ambil sebatang serai ditumbuk dan dimasukkan ke dalam bekas air, tapi mestilah digantikan setiap hari. ( MB pun boleh)


5.Kutu/hama
-Mandikan dengan air basuhan beras
-Byakkan makanan sayur contoh nya seperti tomato,timun,petola, buah mmg terus stop.

6.Mj Berkudis
-Masukkan daun jering n daun tapai

7.Menjinakkan MJ
-Baca “bismillah” and “Ya ayuhallazi naamanusbiru” ( semburkan air liur)
-Letak tempt orang biasa lalu lalang – pada mulanya memang bulu n Mj akan gelupor tp insyaallah berkat kesabaran akan berbaloi- yang penting sabar,, dan trus sabar,,,
-Pasang cover cloth, n bukak skit demi sedikit tp ambil waktu..

Tabiat MJ
1.Melabi
-melabi ni bunyi dia macam biasa jek dan lembut sikit pangil amoi cuma display joget die tu.. nak kawin lah *lullaby.

2 Kekek
-Kekek Mesti Nak Pelahan2+Kuat suara+Sebiji2
-Mj jenis kekek biasa brg jenis menekan lawan. Xslah jenis brg bentuk C kalau menekan dok ats anggar..jambul kabung/puck nanas, body panjang, suara kasar/air suara(comp.set). tompok bwh bontot merah byk (tp kalau brg yg org dh bela payah nk jumpa btt merah..mkn palet byk)..cari kalung/arang tebal +panjang( dr segi fizikal brg baru tnpa dgr suara).Mj yg agresif..byk lompat anggar pasti keke bila dh jadi."keke" petanda brg dh keluar api @ berani/jinak/petanda kewilayahan

3 Summersoult
-ambik getah yg org selalu dok bungkus nasi.ikat secara melintang antara penjuru angkar.bahagian atas anggar.supaya bila dia nk buat sommersault dia tak jadi nk buat pasai ada getah.mungkin amik masa yg lama gak kot sementara nak biasa.kalu dia buat gak.cuba cara boh dalam sangkr besar.sangkar besar ni maksudnya sangkar (sangkar ladung,atau kurong batang/ladung)
-Tinggikan anggar sangkar

Makanan
1.Untuk galak
-telur kerengga
-cili/cabai burung sebulan sekali or seminggu sekali ( potong potong n letak dlm bekas makanan)
-pisang abu, - berikan buah pisang yang dicampur madu 1 kali seminggu
-petola, -( menggalakkan Mj berbunyi dan mengurangkan kandungan kolestrol burung)
-tomato,
-belalang,
-ulat,
-temingat (anak tebuan)
-anai-anai – jgn bg byk cukuplah 2 ekor pagi n 2 petang.
-buah timun tikus org penang cakap(timun kecil bila masak warna merah)
-betik - supaya memerahkan semula bulu cawatnya jika warna dah pudar
-Buah timun tikus
-Buah limau sunkis
-limau kuku,
-biji mempelas,
-buah mengkudu masak,
-senduduk
-mata pelandok
-buah mata keli
-Buah-buah import (LAI,PEAR, EPAL ETC) kena hati-hati jangan sekali-kali terus diberikan pada burung kerana buah2an tersebut banyak bahan kimianya yang kita tak nampak. Buah import endaklah direndam menggunakan air garam bagi ilangkan kesan racun pada kulitnya dan dibilas menggunakan air suam seeloknya dlm 5 minit. Kalau diberikan terus, bahan kimia di luar kulit akan menyebabkan jambul mati. Ini cukup sensitif bagi pembela serindit dan juga bayan. Kalau tak dibasuh burung boleh mati dalam beberapa hari.

2.Elakkan / kurangkan ( nk bagi boleh tp dalam kuantiti sedikit)
-Kelkatu - kelkatu 2 panas...
-Ulat Roti-panas

Training
1.Chai
-Rajin rajin kena bawa g chai,, jn letak berdepan sgt,, cukup Mj leh lihat n Nampak

2.Mandi
-Selalu mandikan n jemur


Chai/tanding
1.betik + dry food Super 900&Three coin+ air tukar ari2 + dia punye waste bersih every day+ mandi every day ..kekadang thghari, sometimes malam ( 8pm)... malam tutup dgn kain ...
2.Di rumah pula, alihkan burung2 antara tempat-tempat dimana saudara biasanya menggantung sangkar mereka.
3.burung mesti umur 4,5 tahun keatas supata burung bulu mesti siap.fit.
4.3)4 hari sebelum tanding bg la telur kerengga apa lebih kurang
5.berembun malam.
6.Untuk tujuan pertandingan - makanan yang baik ialah jenis gold cup yang dibuat di Singapura. Makanan ini agak mahal sedikit lebih kurang RM 2.00 - 3.00/ 120g. Saya rekomen beri yang ini sebab kandungan proteinnya tinggi. Kalau nak jaga suaranya tidak pecah makanan ini baik sekali. Kalau tak larat cari makanan ikan jenis yang tinggi proteinnya ( 43% protein) yang berbentuk bulat-bulat kecil dan warnanya dark cokelat. Baunya agak kuat. Awas, kalau jambul dah biasa makan dedak 203-C berilah sedikit-demi sedikit supaya ia bertukar makanan perlahan-lahan. Jangan paksa jambul tukar makanan serta merta nanti gol pulak dia.
7.jemur waktu pagi.
8.banyakkan makan buah buahan dari dedak..
9.mandi waktu petang dalam linkungan 4,5 pm.sebolehnya jangan bg nampak burung jambul lain dirumah.biar dia drg suara je.
10.sehari sebelum tanding cuba chai(kapit) ngan burung lain,dalam 10 minit.
11.Jambul memang suka makan buah terutama buah2an tempatan. Selangselikan buah pisang dan betik. Kalau ada duit lebih belilah epal atau buah lai ataupun buah pear yang masak dan lembut.
12.tiap2 hari pagi tukar pisang abu lepas blk kerja bagi mandi and jemur panas. Hanya hujung minggu jemur dari pagi hingga petang...bila hendak bertanding....2 atau 3 hari sebulum mula bagi makan belalang kalau tak hanya pisang sahaja....tak pernah bagi ulat atau dedak brg...Pisang mesti tukar tiap2 hari

PENTING
•Jangan memandikan burung saat di pertandingan, kerana dapat boleh membuat MJ jd sangat tidak stabil.
•Berikan masa pada burung untuk berasa seleasa sebentar pada suasana pertandingan supaya burung tidak terkejut

Permarkahan pertandingan
1) burung lompat ,main sayap,gulong,dan keyy..markahnya...?
- slalunya disply mcmni 84.6 - 84.9 ......if ditambah plak opentail (bka ekor) & cawat huh silap2 dpt markah penuh 85

2)burung lompat ,main sayap,golong...markahnya...?
- slalunya brung yg disply mcmni 84.3 - 84.8 ...blh jgk dpt point tinggi if dia main speed/laju+sayap kuat+cawat n bonus mark if hensem/supermodel (kira fullspec lorr).....uhuhuhuhu


3)burung lompat,main sayap...markahnya...?
-slalunya brung yg mcm ni dia akan dpt point yg sma dgn brung yg lompat+main sayap & gulung if dia dpt tiang tengah ini adalah krn kdg2 pgadil komfius dgn action dia nmpk seakan2 di bersuara+gulung ...nsib ja la....if pgadil dpt tgkap hehehe point slalunye 50/50 samada tidoq truss @ ckup mkn ja....

4)burung lompat,gulong,dan keyy...markahnya..?
brung mcmni klu disply ok lagi la blh kutip point at least 83.7 - 84.5 if smbil main+bdn kembong2+bulu kembang2+jambul simpan ermm dpt point tidoq truss la jwbnye....uhuhuhu

5)burung lompat,dan keyy..markahnya...?
-patern ni brung dh ckup masak keberanian ada tp disply out...klu cuma nk hrp key ja depend dgn pgadil gk mcmna klu dia suka ada la point if x kick out la....

6)burung dok satu kayu kembong dan kira bulu..ha..ha..ha.. ..markahnya?
- markah yang dapat mungkin markah kesian, hehehe

Point tanding
1- kekek (extra jika kekek besar), cawat, bka ekor, bka sayap (extra markah kalau exsesori brung lengkap cth bntuk bdn, jmbul, arang dlln)

2- sentiasa consistant lompat cawat, bka sayap simpan bdn (time main sayap bdn nmpk fit n simpn sayap dgn rapat dn kemas berulang2 mcm tu) extra jika bka ekor skali.

Butir, Gulung, Kekek, & Air Suara MJ
Refer to old post :
coz butir dan air suara nie,, teman pun masih tergagap gagap n masih belajor,,

butir tu kalau tak salah saya, bunyinya sama waktu MJ gulung.
Gulung tu maknanya lagu yang panjang berlapis, ada variasi suara, biasanya time gulung, tengkuk MJ akan kembung dan ekor dia bergerak bkn statik/diam.
kekek tu bunyi yang panjang/lama ( tekan) dikeluarkan MJ bila cukup form dan marah, ( kek, kek kek, kek),,
dan air suara tu bunyi suara burung berdengung/bergema.
butir ni sebenarnya di kira dgn berapa kali MJ gulong dalam masa satu air suara,

tp bagi teman,, yg pntg suara yang keluar dari MJ kita mcm mcm variasi dan jelas bunyinyer,,
lagi best keluar sibiji sebiji n jelas...


akhir kata,, xsemua MJ yang akan form mcm yang kita mahukan,
dan xsemestinya MJ yang body xcantik, badan xmolek,, tetapi menjadi Mj yang TOP,
teman baca jer tp xsemua yang teman faham,, :roll:



regards
-nawuzi-

nawuzi
Wise Owl
Posts: 251
Joined: Mon Jun 27, 2011 8:55 am
Location: near to btg Berjuntai, near bkt beruntung, near tg malim,

Re: MJ ( Tips and Panduan)

Postby nawuzi » Tue Feb 14, 2017 3:30 am

salam,
Dah lama xlawat sini..

Percubaan pembiakan MJ Kg,,


Failed : Jantan buang anak dari sarang, cepat sgt nk mengawan

ladung
Image

sarang menggunakan sabut nyok
Image

anak2 dibuang sarang
Image
Image

User avatar
Tanin
Site Admin
Posts: 6167
Joined: Wed Mar 30, 2005 9:41 am
Location: Malaysia
Location: Rawang, Selangor, Malaysia
Contact:

Re: MJ ( Tips and Panduan)

Postby Tanin » Fri Feb 17, 2017 1:12 pm

:goodpost: :goodpost: :goodpost:
Best Regards,
Tanin

Now you can share any posting that you like to FBook!
Image


For more more detail on how to share, please visit:
viewtopic.php?f=54&t=11885

User avatar
Tanin
Site Admin
Posts: 6167
Joined: Wed Mar 30, 2005 9:41 am
Location: Malaysia
Location: Rawang, Selangor, Malaysia
Contact:

Re: MJ ( Tips and Panduan)

Postby Tanin » Fri Feb 17, 2017 1:51 pm

December lepas saya singgah satu kedai kat kota bharu... sempat beli sepasang MJ Thailand (anak muda).... saya masukkan dalam avairy... kalau diorang bersarang nanti saya share...
Best Regards,
Tanin

Now you can share any posting that you like to FBook!
Image


For more more detail on how to share, please visit:
viewtopic.php?f=54&t=11885


Return to “Burung Merbah”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest